Page 108 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 108
SARJANA KAUNSELING PROFESIONAL
Nama Program : Sarjana Kaunseling Professional
Kod Program : PQA
Mod Program : Kursus
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
1. Jenis Program
Program secara Kursus, iaitu program secara perkuliahan sepenuhnya yang melibatkan penghasilan Laporan Penyelidikan
2. Syarat Kemasukan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:
(1) Pelajar Tempatan
(a) Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan pencapaian PNGK sekurang-kurangnya 3.0;
Atau
(b) Ijazah Sarjana Muda dari apa jua disiplin dengan pencapaian PNGK sekurang-kurangnya 3.0 disertai dengan
(i) Pengalaman kerja dalam bidang perhubungan menolong
Atau
(ii) Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf;
Atau
(iii) Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
Keperluan Khas Program
Lulus Temuduga yang ditetapkan oleh pihak Universiti
(2) Pelajar Antarabangsa
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat
Universiti Malaya.
dan
Memperolehi skor minimum band 5.5 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).
atau
Memperolehi skor minimum sebanyak 550 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based)
bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)
Keperluan Khas Program
Lulus Temuduga yang ditetapkan oleh pihak Universiti
94