Page 113 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 113
SARJANA PENDIDIKAN
Nama Program : Sarjana Pendidikan
Kod Program : PMD
Mod Program : Penyelidikan
1. Jenis Program
Jenis program ijazah Sarjana Pendidikan yang ditawarkan secara Penyelidikan, iaitu program pengajian secara penyelidikan
sepenuhnya yang membawa kepada penghasilan disertasi.
2. Syarat Kemasukan
(1) Pelajar Tempatan
1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau yang
setaraf dengannya dalam pengkhususan sains;
atau
2. Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau yang setaraf
dengannya;
dan
(i) Diploma Pendidikan pasca ijazah dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00;
atau
(ii) Kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh Universiti;
atau
(iii) Pengalaman mengajar tidak kurang daripada satu tahun yang berkaitan dari Institusi yang diiktiraf oleh Senat;
atau
(iv) Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf
atau
(v) Kelayakan lain yang diluluskan oleh senat dari semasa ke semasa
(2) Pelajar Antarabangsa
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti
Malaya.
dan
Memperolehi skor minimum band 6.0 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).
atau
Memperolehi skor minimum sebanyak 600 (Paper based) bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)
99