Page 109 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 109
3. Tempoh Pengajian
Tempoh Minimum : 3 Semester Biasa
Tempoh Maksimum : 8 Semester Biasa
4. Matlamat Program
Untuk menghasilkan warga kaunselor yang dinamik dan reflektif yang berupaya memantau dan memperbaiki amalan mereka
serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori kaunseling untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bidang
kaunseling dalam agensi komuniti dan sosial, sekolah kerajaan atau persendirian, pusat kaunseling universiti dan kolej; agensi
atau institusi yang memberikan perkhidmatan kaunseling perkahwinan dan keluarga; pusat perkhidmatan perancangan dan
penempatan kerjaya; hospital; seting perniagaan, dan lain-lain agensi kesihatan mental berkaitan.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program, pelajar dapat;
Domain Hasil Pembelajaran
MQF
PO1 Menguasai teori dan kemahiran amali kaunseling
PO2 Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran kaunseling dalam perhubungan menolong
PO3 Menunjukkan minat dan keprihatinan kepada masyarakat dalam melaksanakan perkhidmatan
kaunseling
PO4 Berpegang kepada standard etika dan amalan paling tinggi dalam bidang perkhidmatan
kaunseling dan psikologi
PO5 Berkomunikasi dengan berkesan dan bekerjasama dengan orang lain dalam perkhidmatan
kaunseling
PO6 Menganalisis secara kritis penyelidikan, trend dan isu berkaitan dengan bidang kaunseling dan
psikologi
PO7 Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang berkaitan
dengan perkhidmatan kaunseling dan psikologi masa hadapan
6. Struktur Program
Program Sarjana Kaunseling Profesional ini adalah berasaskan kepada pendekatan bersepadu dalam bidang kaunseling.
Program ini menawarkan ilmu akademik dan latihan ikhtisas dalam bidang kaunseling bagi menyiapkan pelajar dengan
kemahiran asas kaunseling dan melayakkan mereka menjadi seorang pengamal dalam bidang tersebut dengan pengiktirafan
daripada Lembaga Kaunselor Malaysia. Kandungan kurikulum direka bentuk berasaskan perkembangan ilmu psikologi daripada
perspektif perkhidmatan dan penasihatan sejajar dengan etika profesional dan pengalaman kaunseling kebangsaan dan
antarabangsa.
Program ini merangkumi Lima Puluh Tujuh (57) kredit yang melibatkan aktiviti pengajaran, pembentangan seminar, latihan
profesional, dan laporan penyelidikan. Program ini disusun mengikut dua (2) komponen utama iaitu Empat Puluh Dua (42) jam
kredit bagi Kursus Teras dan Tiga (3) jam kredit Kursus Elektif. Jumlah kredit adalah bagi memastikan semua komponen kursus
yang ditetapkan dalam Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor dipatuhi.
95