Page 107 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 107

6.  Struktur Program

                Struktur Program Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan) berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk melahirkan graduan
                pendidikan awal kanak-kanak yang cemerlang. Kandungan kurikulum direkabentuk bersandarkan perkembangan ilmu pendidikan
                daripada perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Negara serta
                Pelan Transformasi Negara.

                Program ini merangkumi Empat Puluh Lima (45) jam kredit yang merangkumi Sembilan (9) jam kredit bagi kursus teras, Enam (6)
                jam kredit bagi kursus elektif dan 30 jam kredit bagi disertasi yang melibatkan aktiviti kuliah, tugasan, perbincangan, pembentangan,
                penyelidikan, lawatan dan pendekatan yang berasaskan teknologi.

                      Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)

                      POX 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan       3 kredit
                      PON 7002 Perkembangan Sepanjang Hayat               3 kredit
                      PON 7006 Pengujian Psikologi                        3 kredit

                      Kursus Elektif (Pilih Dua)

                              PON 7003 Perkembangan Kanak-Kanak           3 kredit
                       PON 7004 Perkembangan Remaja                       3 kredit
                       PON 7005 Personaliti                               3 kredit
                       PON 7007 Psikologi Kanak-Kanak Berbakat            3 kredit
                       PON 7001 Psikologi Pendidikan                      3 kredit

                         Disertasi

                            POX 7002 Disertasi                            30 kredit


            PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014

            Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)
            1.      Pendaftaran Kursus

                    (1)    Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.

                    (2)    Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan
                           bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.

            2.      Penyeliaan
                    Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.


            3.      Ketetapan Bidang Penyelidikan
                    Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.

            4.      Penyerahan
                    (1)    Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
                           disertasinya.

                    (2)    Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil
                           untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa
                           Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.

                                                                                                           93
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112