Page 95 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 95
SARJANA PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN KHAS)
Nama Program : Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)
Kod Program : POL
Mod Program : Kursus dan Penyelidikan
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
1. Jenis Program
Program secara Kursus dan Penyelidikan iaitu program pengajian secara gabungan perkuliahan dan penyelidikan yang
membawa kepada penghasilan disertasi.
2. Syarat Kemasukan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:
(1) Pelajar Tempatan
(a) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00
atau
(b) Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan dengan PNGK 3.00 ;
atau
(c) Ijazah Sarjana Muda; dan
i. Diploma Pendidikan pasca ijazah dengan PNGK 3.00;
atau
ii. Kelayakan mengajar yang profesional;
atau
iii. Pengalaman mengajar yang berkaitan yang diiktiraf oleh Senat;
atau
iv. Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf;
atau
v. Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
atau
vi. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat
Universiti Malaya.
81