Page 10 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 10

MAKLUMAT AM

                   Universiti Malaya adalah universiti tempatan pertama, ditubuhkan pada tahun 1962, untuk memenuhi
            keperluan  pendidikan  tinggi  negara.  Selepas  satu  setengah  tahun,  iaitu  pada  bulan  Jun  1963,  Sekolah
            Pendidikan Universiti Malaya dibentuk untuk menawarkan Diploma Pendidikan, satu program pasca ijazah, bagi
            siswazah  yang  memilih  profesion  perguruan.  Sekolah  Pendidikan  berkembang  dengan  amat  pesat  dan
            dinaikkan taraf kepada status fakulti pada bulan Julai 1965. Program Sarjana Pendidikan telah ditawarkan untuk
            julung kalinya selepas dua tahun kemudian, diikuti dengan penawaran program Doktor Falsafah pada tahun
            1969.

                   Sejak penubuhannya, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah berjaya melahirkan hampir 20,000
            siswazah, iaitu lebih daripada 15,000 pemegang Diploma Pendidikan, lebih daripada 2,282 graduan Sarjana,
            dan kira-kira 2,226 dengan ijazah dasar pendidikan.

                   Fakulti  sentiasa  menitikberatkan  kualiti  dalam  usaha  untuk  melahirkan  graduan  yang  mampu
            menyumbang ke arah pembangunan sektor pendidikan di Malaysia. Perkara ini jelas tergambar melalui visi dan
            misi Fakulti, iaitu:

                           Seiring dengan Visi Universiti Malaya, Visi Fakulti Pendidikan adalah:

               Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam pendidikan dan pembangunan modal insan peringkat
                                         kebangsaan dan antarabangsa

                                     Nilai-Nilai Teras Universiti Malaya adalah:

                                Integriti                           Profesionalisme
                                Hormat                                Meritokrasi
                          Kebebasan Akademik                   Semangat Kerja Berpasukan
                            Berfikiran Terbuka                         Kreativiti
                          Kebertanggungjawaban                   Tanggungjawab sosial

                               Bagi mencapai Visi di atas, Misi Fakulti Pendidikan adalah:

               Mempertingkatkan penjanaan ilmu dalam usaha menjadi pusat kecemerlangan dalam pendidikan
                 dan pembangunan modal insan melalui pengajaran, penyelidikan, inovasi, penerbitan dan
                                               perundingan

            Untuk mencapai wawasan ini, Fakulti telah mengenal pasti objektif yang berikut.

            •   Untuk menghasilkan guru yang cekap bagi sekolah dan institusi pendidikan lain
            •   Untuk menghasilkan pakar dalam semua bidang pendidikan dan pembangunan manusia
            •   Menjadi pusat pengajian pasca ijazah dan pembangunan manusia
            •   Menjadi  pusat  inovasi,  penyelidikan  asas  dan  aplikasinya  dalam  semua  bidang  pendidikan  dan
               pembangunan manusia
            •   Menjadi pusat latihan dan perundingan dalam bidang pendidikan dan pembelajaran untuk  organisasi dan
               institusi



                                                                                           10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15