Page 8 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 8

KATA ALUAN DEKAN


                               Bismillahirahmanirahim.

                               Dengan rasa bangga dan besar hati saya mengalu-alukan kedatangan semua pelajar
                               baru bagi sesi Tahun Akademik 2014/2015 dan terima kasih kerana memilih Fakulti
                               Pendidikan,  Universiti  Malaya  sebagai  pilihan  utama  untuk  melanjutkan  pelajaran.
                               Fakulti  yang  terulung  ini  bukan  sahaja  telah  mencipta  nama  di  peringkat  nasional
                               bahkan juga di peringkat global.

                               Seiring dengan pencapaian Universiti Malaya yang melonjak di kedudukan yang lebih
            baik di peringkat antarabangsa tahun demi tahun, Fakulti Pendidikan juga telah berjaya meningkatkan tarafnya
            dengan tersenarai sebagai salah satu daripada 100 Fakulti Pendidikan terbaik di dunia. Pencapaian ini tidak tiba
            dalam sekelip mata tetapi adalah berasaskan daya usaha dan keprihatinan selama bertahun-tahun daripada
            setiap  ahli  fakulti  serta  para  pelajar.  Dengan  usia  lebih  50  tahun,  Fakulti  Pendidikan  terus  unggul  dengan
            kejayaan menghasilkan kira-kira 20,000 graduan cemerlang.

            Program  ijazah  yang  ditawarkan  oleh  fakulti  tidak  hanya  menyediakan  pelajar  dengan  ilmu  intelektual  dan
            kemahiran  semata-mata  tetapi  turut  menghubungkan  teori  dan  amalan  bagi  mempersiapkan  pelajar  untuk
            menempuh alam pekerjaan. Sehingga kini, graduan kami tidak hanya menyerlah dalam industri tempatan malah
            turut menyinar dipersada antarabangsa.

            Dalam kami berbangga dengan kejayaan ini, fakulti pendidikan sentiasa peka terhadap cabaran-cabaran baru
            yang  dihadapi  oleh  negara.  Justeru,  fakulti  pendidikan  telah  mengambil  langkah-langkah  sewajarnya  dalam
            menghasilkan graduan yang berupaya menjadi pemikir dan menyumbang kepada idea-idea baru seterusnya
            mampu menjalankan penyelidikan bermutu setaraf dengan universiti terkemuka dunia atau mungkin lebih baik
            daripada mereka.

            Untuk memastikan kecemerlangan yang mapan, misi dan visi fakulti harus tersinkroni dalam setiap sudut dan
            didukung dengan strategi yang jitu ke arah halatuju yang hendak dicapai. Perancangan disusun dengan teliti
            untuk generasi akan datang dalam menghasilkan buah kejayaan dari benih yang ditanam.

            Salam hormat dan selamat maju jaya.

                                         “CEMERLANG BERSAMA UM”


            PROFESOR MADYA DR. MARIANI MD NOR
            Dekan
            Fakulti Pendidikan
            Universiti Malaya
















                                                                                            8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13