Page 182 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 182
PROGRAM SARJANA KAUNSELING
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2010
Ijazah Sarjana Kaunseling
1. Jenis Program
Jenis program ijazah Sarjana Kaunseling yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(1) Program secara Kursus, iaitu program secara perkuliahan sepenuhnya yang melibatkan
penghasilan Laporan Penyelidikan.
(2) Program secara Penyelidikan, iaitu program pengajian secara penyelidikan sepenuhnya
yang membawa kepada penghasilan Disertasi.
2. Syarat Kemasukan
(1) Kelayakan Masuk
(a) Ijazah Sarjana Muda Kaunseling;
atau
(b) Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan
atau
(c) Ijazah Sarjana Muda; dan
(i) Diploma Pendidikan pasca ijazah;
atau
(ii) Kelayakan mengajar yang profesional;
atau
(iii) Pengalaman mengajar yang berkaitan dari institusi pendidikan yang
diiktiraf oleh Senat;
atau
(iv) Pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan;
atau
(d) Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf;
atau
(e) Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
135