Page 183 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 183

(2)    Syarat Bahasa Inggeris

                          Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
                          sekurang-kurangnya IELTS  (International English Language Testing Services) Band 6 atau
                          TOEFL (Test of English as a Foreign Language) skor 550 jika ijazah pertama diperolehi dari
                          universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;
                                                   atau

                          Lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pihak universiti sebelum calon
                          mendaftar.

            3.     Tempoh Pengajian

                   Tempoh minimum pengajian bagi program Ijazah Sarjana Kaunseling adalah seperti berikut:

                   (1)  Program secara Kursus adalah selama empat (4) semester biasa.

                   (2)  Program secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.

            4.     Matlamat Program

                   Matlamat program adalah untuk menghasilkan  kaunselor yang akan bekerja dalam agensi komuniti
                   dan  sosial,  sekolah  kerajaan  atau  persendirian,  pusat  kaunseling  universiti  dan  kolej;  agensi  atau
                   institusi yang memberikan perkhidmatan kaunseling perkahwinan dan keluarga; pusat perkhidmatan
                   perancangan  dan  penempatan  kerjaya;  hospital;  seting  perniagaan,  dan  lain-lain  agensi  kesihatan
                   mental berkaitan.

            5.     Hasil Pembelajaran Program
                   Di akhir program  pelajar  dapat;

                     PO1    Menguasai teori dan kemahiran amali kaunseling;

                     PO2     Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran kaunseling dalam perkhidmatan;

                     PO3    Menunjukkan  minat  dan  keprihatinan  kepada  orang  lain  dalam  melaksanakan
                            perkhidmatan kaunseling;

                     PO4    Berpegang kepada standard etika dan amalan paling tinggi dalam bidang perkhidmatan
                            kaunseling dan psikologi;

                     PO5    Berkomunikasi  dengan  berkesan  dan  bekerjasama  dengan  orang  lain  dalam
                            perkhidmatan kaunseling;

                     PO6    Menganalisis  secara  kritis  penyelidikan,  trend  dan  isu  berkaitan  dengan  bidang
                            kaunseling dan psikologi;






                                                                                          136
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188