Page 279 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 279

(e)    Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.


                   (2)    Syarat Bahasa Inggeris.

                          Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
                          sekurang-kurangnya IELTS  (International English Language Testing Services) band enam
                          (6)  atau TOEFL  (Test as a Foreign  Language)  skor lima ratus dan  lima puluh  (550)  jika
                          ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;
                                                       atau

                          Lulus  kursus  Bahasa  Inggeris  yang  ditetapkan  oleh  pihak  universiti  sebelum  calon
                          mendaftar.

            3.     Tempoh Pengajian
                   Tempoh  minimum  pengajian  bagi  program  Ijazah  Sarjana  Pendidikan  (Pendidikan  Khas)  adalah
                   seperti berikut:

                   (1)    Program secara Kursus dan Penyelidikan adalah selama tiga (3) semester biasa.

                   (2)    Program secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.

            4.     Matlamat Program

                   Matlamat  program  untuk  menghasilkan  warga  pendidik  yang  dinamik  dan  reflektif  yang  berupaya
                   memantau dan memperbaiki amalan mereka serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori
                   pendidikan  dan  penyelidikan  untuk  menyelesaikan  masalah  yang  berkaitan  dengan  bidang
                   pendidikan.

            5.     Hasil Pembelajaran Program

                   Di  akhir program, pelajar dapat;

                      PO1    Menguasai pengetahuan dalam bidang Pendidikan Khas;

                      PO2    Mempraktikkan  bidang  Pendidikan  Khas  melalui  pengajaran,  penilaian  dan
                             penyelidikan dengan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat;
                      PO3    Mempamerkan sikap keprihatinan terhadap isu semasa yang berkaitan dengan bidang
                             Pendidikan Khas;
                      PO4    Mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang Pendidikan
                             Khas;
                      PO5    Mempamerkan  nilai  kepimpinan  dan  kerjasama  dengan  pelbagai  pihak  bagi
                             melaksanakan aktiviti  dalam bidang Pendidikan Khas;
                      PO6    Menganalisis  secara  kritis,  teori,  polisi  dan  aliran  kontemporari  berkaitan  bidang
                             Pendidikan Khas;
                      PO7    Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang
                             berkaitan dengan Pendidikan Khas;



                                                                                          232
   274   275   276   277   278   279   280   281   282   283   284