Page 280 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 280

PO8    Menghasilkan idea inovatif berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang
                             kepada pengurusan dan keusahawanan dalam bidang Pendidikan Khas.

            6.     Struktur Program

                   (1)    Program  pengajian  ijazah  Sarjana  Pendidikan  (  Pendidikan  Khas)  ditawarkan  dalam  dua
                          mod iaitu secara Kursus dan Penyelidikan berjumlah lima puluh lima (55) kredit dan secara
                          Penyelidikan. Butir-butirnya adalah seperti berikut:

                          (a)    Program secara Kursus dan Penyelidikan

                                 (i)     Dua (2) kursus Teras Fakulti yang setiap satunya berjumlah tiga (3)
                                         kredit;

                                         Kursus Teras Fakulti

                                         PXGZ 6101     Penyelidikan dalam Pendidikan; dan

                                         Pilih satu daripada berikut:

                                         PXGZ 6102     Statistik untuk Penyelidikan dalam Pendidikan
                                         PXGZ 6103     Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan
                                         PXGZ 6104     Penyelidikan Tinjauan
                                         PXGZ 6105     Penyelidikan Pengajian Masa Depan
                                         PXGZ 6106     Penyelidikan Eksperimen

                                 (ii)    Dua  (2)  kursus  Wajib  Bidang  Pengkhususan  yang  berjumlah  tiga  (3)
                                         kredit;

                                 (iii)   Satu  (1)  kursus  Pilihan  Bidang  Pengkhususan  yang  setiap  satunya
                                         berjumlah tiga (3) kredit


                                 (iv)    Disertasi yang berjumlah empat puluh (40) kredit;

                          (b)    Program secara Penyelidikan.

                                 Program ini dijalankan secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada
                                 penghasilan Disertasi. Walau bagaimanapun calon disyaratkan mengikuti kursus
                                 pengenalan kepada Penyelidikan dalam Pendidikan (PXGZ 6101).

                   (2)    Butir-butir  kursus  yang  ditawarkan  adalah  seperti  mana  yang  diluluskan  oleh  Senat  dari
                          semasa ke semasa atas perakuan Fakulti dan dimaklumkan kepada calon pada permulaan
                          setiap sesi.

                   (3)    Senarai kursus yang diluluskan untuk program ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)
                          secara  Kursus  dan  Penyelidikan  adalah  seperti  mana yang  dinyatakan  dalam  Senarai  1.
                          Calon akan dimaklumkan mengenai kombinasi kursus yang perlu diikuti bagi program ini
                          sebelum pendaftaran permulaan.






                                                                                          233
   275   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285