Page 11 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 11

Fakulti Pendidikan menerima pakai peranan proaktif dalam usaha memenuhi era perubahan yang berterusan
            dalam bidang pendidikan. Ini termasuk penyemakan dan penelitian semula program dan kursus, penyemakan
            kurikulum  dan  instruksi  untuk  memasukkan,  jika  perlu,  perubahan-perubahan  yang  berlaku  dalam  bidang
            pendidikan.

                   Pada tahun 1970, pada dasarnya, struktur Fakulti Pendidikan adalah terdiri daripada lima bahagian
            yang  berbeza.  Bagaimanapun,  oleh  sebab  perkembangan  baru  dan  anjakan  paradigma  dalam  sistem
            pendidikan, Fakulti Pendidikan telah melalui satu siri penstrukturan dan pembentukan semula organisasinya
            bagi membolehkan Fakulti ini memenuhi hasrat visi dan objektifnya. Pembentukan struktur organisasi terbaru
            Fakulti Pendidikan telah dilaksanakan pada tahun 2001 apabila jabatan-jabatan yang berikut ditubuhkan.

               Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan
               Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling
               Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan
               Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi
               Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains
               Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran

                   Di  samping  menawarkan  kursus-kursus  peringkat  ijazah  tinggi,  sejak  permulaan  penubuhannya,
            Fakulti Pendidikan terlibat dalam beberapa program ijazah dasar. Salah satu daripada program ini ialah program
            Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan. Program ini dimulakan bersama dengan Fakulti Sains Universiti
            Malaya pada tahun 1975 bagi memenuhi permintaan yang tinggi untuk guru-guru sains dan matematik bagi
            peringkat  sekolah  menengah  atas.  Selain  itu,  program  ijazah  Sarjana  Muda  Pendidikan  Islam  juga  telah
            diperkenalkan pada tahun 1982. Kursus ini ditawarkan dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Universiti
            Malaya  bagi  menyediakan  guru-guru  untuk  mengajar  mata  pelajaran  Pendidikan  Islam  di  sekolah-sekolah
            menengah.

                   Pada  tahun  1980,  Fakulti  Pendidikan  mula  menawarkan  program  ijazah  dasarnya  sendiri,  iaitu
            Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (PBISBK). Program ini dilaksanakan dengan
            kerjasama  Fakulti  Bahasa  dan  Linguistik,  dan  Fakulti  Sastera  dan  Sains  Sosial.  Satu  program  ijazah  dasar
            dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak ditawarkan buat pertama kalinya pada tahun 1998 dan diikuti dengan satu
            lagi program ijazah dasar yang membawa kepada penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kaunseling.  Program
            Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Tamil) ditawarkan pada tahun 2000 dan pengambilan kumpulan
            pelajar terakhir bagi program tersebut ialah pada tahun 2004.  Pada tahun 2004, Sarjana Muda Pendidikan
            (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Pendidikan Rendah telah ditawarkan.

            Pada masa ini program sarjana muda yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan adalah seperti berikut:

                   1.   Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
                   2.   Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak
                   3.   Sarjana Muda Kaunseling

                   Peranan  Fakulti  Pendidikan  tidak  terhad  kepada  pendidikan  guru  sahaja.  Setiap  ahli  Fakulti
            mempunyai  kepakaran  tersendiri  dalam  bidang  pendidikan,  dan  kebanyakan  ahli  akademik  di  Fakulti  ini
            berkhidmat  sebagai  penasihat  atau  pakar  runding  kepada  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  dan  berbagai-
            bagai  organisasi.  Setengah-setengah  daripada  mereka  bertugas  rapat  dengan  agensi-agensi  antarabangsa
            termasuk Bank Dunia, UNESCO, UNICEF, IBRD, RECSAM, dan RELC. Semua staf Fakulti ini terlibat secara
            aktif  dalam penyelidikan, dan sejumlah besar kertas kerja dan artikel telah diterbitkan di kedua-dua peringkat,
            tempatan dan antarabangsa. Kebanyakan geran penyelidikan ditaja oleh Universiti Malaya atau agensi dalam
            dan luar negara.




                                                                                           11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16