Page 12 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 12

Fakulti Pendidikan telah memulakan usaha ke arah misinya untuk menjadikan Fakulti ini sebagai satu
            pusat pendidikan ijazah tinggi dalam bidang pendidikan yang membawa kepada penganugerahan ijazah sarjana
            dan doktor falsafah. Fakulti berhasrat untuk mengeluarkan pendidik berijazah tinggi bagi memenuhi permintaan
            sistem pendidikan yang dinamik. Dengan kekuatan semasa kakitangan akademik, yang hampir  kepada 100
            orang, berbanding dengan jumlah staf yang tidak seberapa, iaitu hanya lima orang, pada tahun 1963, tidaklah
            menghairankan bahawa Fakulti mempunyai sekumpulan pakar berbakat yang boleh memberikan sumbangan
            yang lebih besar kepada perkembangan dalam bidang pendidikan.

                   Fakulti Pendidikan mempunyai jumlah terbesar pelajar ijazah tinggi untuk mengikuti pengajian ijazah
            sarjana dan doktor falsafah di Universiti Malaya. Di antara calon, yang terdiri daripada rakyat Malaysia, terdapat
            calon ijazah tinggi dari luar negara seperti Libya, Thailand, Brunei, Fiji, Sri Lanka, Cook Island, Samoa, China,
            Afrika, dan lain-lain. Dengan kehadiran pelajar dari luar negara, pendedahan dan latihan menjadi lebih luas
            apabila setiap pelajar dapat berkongsi pandangan dan pengalaman lepas.

            Fakulti menawarkan program-program profesional seperti berikut:

            1.      Sarjana Kaunseling
            2.     Sarjana Pendidikan (Perkembangan Kurikulum)
            3.     Sarjana Pendidikan (Perancangan dan Pentadbiran)
            4.     Sarjana Pendidikan (Pendidikan Jasmani)
            5.     Sarjana Pendidikan (Pendidikan Kesihatan)
            6.     Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)
            7.     Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian)
            8.     Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)
            9.     Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa)
            10.    Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa Arab)
            11.    Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa Inggeris)
            12.    Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains)
            13.    Sarjana Pendidikan (Pendidikan Matematik)
            14.    Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains Sosial)
            15.    Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan)
            16.    Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam)
            17.    Sarjana Pendidikan (Pendidikan Nilai)
            18.    Sarjana Pendidikan (Pendidikan Seni)
            19.    Sarjana Pendidikan (Falsafah Pendidikan)
            20.    Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak
            21.    Sarjana Pengurusan Pendidikan
            22.    Sarjana Teknologi Pengajaran
            23.    Sarjana Pendidikan Matematik dengan Teknologi Komunikasi dan Maklumat
            24.    Sarjana Pendidikan Sains dengan Teknologi Komunikasi dan Maklumat

            Fakulti Pendidikan juga menawarkan program Doktor Falsafah Secara Penyelidikan dan juga secara Kursus
            dan Penyelidikan. Bagi Program Doktor Falsafah Secara Kursus dan Penyelidikan, tiga (3) bidang ditawarkan
            buat masa ini adalah;

            1.     Kurikulum Dan Pengajaran
            2.     Pengurusan Dan Dasar Pendidikan
            3.     Kaunseling






                                                                                           12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17