Page 130 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 130

PROGRAM SARJANA KAUNSELING

                           KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014

            Ijazah Sarjana Kaunseling

            1.     Jenis Program
                   Jenis program ijazah Sarjana Kaunseling yang ditawarkan adalah seperti berikut :

                   (1)    Program  secara  Kursus,  iaitu  program  secara  perkuliahan  sepenuhnya  yang  melibatkan
                          penghasilan Laporan Penyelidikan.

                   (2)    Program  secara  Penyelidikan,  iaitu  program  pengajian  secara  penyelidikan  sepenuhnya
                          yang membawa kepada penghasilan Disertasi.

            2.     Syarat Kemasukan

                   (1)    Kelayakan Masuk

                          (a)    Ijazah Sarjana Muda Kaunseling;

                          atau

                          (b)    Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan

                          atau

                          (c)    Ijazah Sarjana Muda; dan

                                 (i)     Diploma Pendidikan pasca ijazah;

                                 atau

                                 (ii)    Kelayakan mengajar yang profesional;

                                 atau

                                 (iii)   Pengalaman  mengajar  yang  berkaitan  dari  institusi  pendidikan  yang
                                         diiktiraf oleh Senat;

                                 atau

                                 (iv)    Pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan;

                                 atau

                          (d)    Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang  diiktiraf;

                          atau

                          (e)    Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
                                                                                           82
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135