Page 132 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 132

PO7     Melibatkan diri  dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang
                             berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling dan psikologi masa hadapan; dan

                     PO8     Menghasil  dan  memasarkan  produk  inovatif  dalam  perkhidmatan  bimbingan,
                             kaunseling dan psikologi.


            6.     Struktur Program
                   (1)    Program pengajian ijazah Sarjana Kaunseling ditawarkan dalam dua (2) mod kursus iaitu
                          secara Kursus berjumlah lima puluh satu (51) kredit dan secara Penyelidikan. Butir-butirnya
                          adalah seperti berikut :

                          (a)    Program secara Kursus.

                                 (i)     Dua  (2)  kursus  Teras  Fakulti  yang  setiap  satunya  berjumlah  tiga  (3)
                                         kredit;

                                 (ii)    Satu (1) Laporan Penyelidikan yang berjumlah enam (6) kredit;

                                 (iii)   Sepuluh (10) kursus Wajib Bidang Pengkhususan yang setiap satunya
                                         berjumlah  tiga  (3)  kredit,  dan  satu  (1)  lagi  kursus  Wajib  Bidang
                                         Pengkhususan yang berjumlah enam (6) kredit; dan

                                 (iv)    Satu (1) kursus Pilihan Bidang Pengkhususan yang berjumlah tiga (3)
                                         kredit

                          (b)    Program secara Penyelidikan.

                                 Program ini dijalankan secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada
                                 penghasilan  Disertasi.  Walaubagaimanapun  calon  disyaratkan  mengikuti  kursus
                                 pengenalan kepada Penyelidikan dalam Pendidikan (PXGZ6101).

                   (2)    Butir-butir  kursus  yang  ditawarkan  adalah  seperti  mana  yang  diluluskan  oleh  Senat  dari
                          semasa ke semasa atas perakuan Fakulti dan dimaklumkan kepada calon pada permulaan
                          setiap sesi.

                   (3)    Senarai kursus yang telah diluluskan oleh Senat untuk program ijazah Sarjana Kaunseling
                          secara  Kursus  adalah  seperti  mana  yang  dinyatakan  dalam  Senarai  1.  Calon  hendaklah
                          dimaklumkan  mengenai  kombinasi  kursus  yang  perlu  diikuti  bagi  program  ini  sebelum
                          pendaftaran permulaan.
















                                                                                           84
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137