Page 271 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 271

PO4    Mengamalkan  nilai  murni,  sikap  positif,  dan  etika  profesionalisme  dalam  bidang
                            perguruan dan kehidupan seharian;
                     PO5    Menggunakan pengetahuan sains dan teknologi untuk memperkukuhkan komunikasi,
                            meningkatkan kepimpinan dan mengembangkan keupayaan untuk bekerja berpasukan;

                     PO6    Meningkatkan  kemahiran  berfikir  dan  bertindak  secara  saintifik  serta  mengukuhkan
                            kemahiran menyelesaikan masalah yang membabitkan sains dan ICT;
                     PO7    Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat  yang
                            berkaitan dengan pendidikan sains; dan
                     PO8    Mewujudkan jaringan tempatan dan global dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi
                            meningkatkan kualiti pendidikan sains dengan ICT.

             6.    Struktur Program

                   (1)    Program  pengajian  ijazah  Sarjana  Pendidikan  Sains  dengan  Teknologi  Komunikasi  dan
                          Maklumat ditawarkan dalam dua mod iaitu secara Kursus dan Penyelidikan berjumlah lima
                          puluh lapan (58) kredit dan secara Penyelidikan.Butir-butirnya adalah seperti berikut:

                          (a)    Program secara Kursus dan Penyelidikan.

                                 (i)     Dua  (2)  kursus  Teras  Fakulti  yang  setiap  satunya  berjumlah  tiga  (3)
                                         kredit;

                                         Kursus Teras Fakulti

                                         PXGZ 6101     Penyelidikan dalam Pendidikan; dan

                                         Pilih satu daripada berikut:

                                         PXGZ 6102     Statistik untuk Penyelidikan dalam Pendidikan
                                         PXGZ 6103     Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan
                                         PXGZ 6104     Penyelidikan Tinjauan
                                         PXGZ 6105     Penyelidikan Pengajian Masa Depan
                                         PXGZ 6106     Penyelidikan Eksperimen

                                 (ii)    Dua  (2)  kursus  Wajib  Bidang  Pengkhususan  yang  setiap  satunya
                                         berjumlah tiga (3) kredit;

                                 (iii)   Satu (1) kursus Pilihan Bidang  Pengkhususan dari Fakulti  Pendidikan
                                         yang berjumlah tiga (3) kredit;

                                 (iv)    Satu  (1)  kursus  Pilihan  Bidang  Pengkhususan  dari  Fakulti  Sains
                                         Komputer dan Teknologi Maklumat yang  berjumlah tiga (3) kredit; dan

                                 (v)     Disertasi yang berjumlah empat puluh (40) kredit.

                          (b)    Program secara Penyelidikan.

                                 Program ini dijalankan secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada
                                 penghasilan Disertasi. Walau bagaimanapun calon disyaratkan mengikuti kursus
                                 pengenalan kepada Penyelidikan dalam Pendidikan (PXGZ 6101).
                                                                                          223
   266   267   268   269   270   271   272   273   274   275   276