Page 276 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 276

PAGS 6103   INTERPRETASI SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN              3 KREDIT

            Sinopsis
                   Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar perkaitan di antara sosiologi dengan pendidikan. Perkaitan ini akan
            melengkapkan pelajar dengan kefahaman asas dan kritis terhadap tingkah laku sosial manusia dalam amalan pendidikan di sekolah.
            Perkaitan ini akan dibincangkan dalam konteks makro dan mikro bersabit dengan proses pendidikan di sekolah.
            Antara tajuk yang akan dibincangkan adalah aliran pemikiran utama; tinjauan terhadap proses pendidikan dan perkembangan kurikulum;
            kurikulum tersembunyi dan isu-isu bilik darjah seperti gender, ras, kerjaya dan lain-lain.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan: 70%, Peperiksaan:  30%
            Bahasa Pengantar        : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama/Main References
            Samantha Punch, Jeni Harden, Ian Marsh, Mike Keating.  (2013). Sociology :Making Sense of Society
                 5th Edition. USA: Pearson Publication.

            James Henslin. (2013). Essentials of Sociology: Pearson New International Edition. A Down-to-Earth Approach. USA: Pearson Publication.

              PAGS 6106   PENGANTAR FALSAFAH PENDIDIKAN                          3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar bagi mengenalpasti teori-teori pendidikan utama Barat yang mempengaruhi
            perkembangan  falsafah  pendidikan  dunia  termasuk  Malaysia.  Disamping  mendedahkan  sorotan  sejarah  perkembangan  teori-teori  ini,
            hujah  menyokong  dan  menentang  pernyataan  atau  pemahaman  aliran-aliran  falsafah  pendidikan  tersebut  akan  dibincangkan.
            Perbandingan  akan  turut  dibincangkan  iaitu  antara  falsafah  pendidikan  Barat  dan  bukan  Barat  seperti  Falsafah  Pendidikan  Islam.
            Penekanan  perbincangan  tertumpu  kepada  aplikasi  teori  dan  amalan  aliran-aliran  falsafah  pendidikan  yang  wujud  pada  masa  kini
            khususnya di Malaysia.
            Kaedah Penilaian         : Penilaian berterusan: 70%,  Peperiksaan:  30%
            Bahasa Pengantar         : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Roy Jackson. (2014). What is Islamic Philosophy? New York: Taylor and Francis Group






























                                                                                                             228
   271   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281