Page 280 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 280

PAGS6113   REKABENTUK KURIKULUM PENDIDIKAN SENI                        3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini meneroka perspektif sejarah dan semasa tentang perkembangan seni kanak-kanak. Tujuannya, antara lain, adalah
            untuk mengesan hubungan antara pertumbuhan intelek kanak-kanak dengan kebolehan kreatif dan bertindak balas terhadap seni. Antara
            topik utama yang dibincangkan ialah sejarah dan teori seni kanak-kanak, ciri dan perkembangan strategi kanak-kanak dalam seni, dan
            kanak-kanak sebagai pengkritik seni

            Kaedah Penilaian      : Penilaian berterusan: 70%,  Peperiksaan:  30%

            Bahasa Pengantar      : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Schiller, W. (2000) (ed.). Thinking through the arts. Singapore: Harwood Academic Publishers
            Cox, M. (1992). Children’s drawings. London: Penguin Books
            Golomb, C. (1992). The child’s creation of pictorial world. Berkeley, CA: University of California Press.


             PAGS 6114   REKABENTUK KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS SOSIAL              3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang mendalam kepada pelajar tentang asas utama rekabentuk kurikulum dan
            kepelbagaian  orientasi  yang  mempengaruhi  perancangan  kurikulum  pendidikan  sains  sosial  yang  meliputi  disiplin  Sejarah,  Geografi,
            Perdagangan,  Ekonomi,  Perakaunan  dan  Pendidikan  Nilai/  Moral.  Pelajar  akan  dibimbing  untuk  menganalisa  kompleksiti  dalam
            pembinaan kurikulum masa kini dan kurikulum masa depan. Kajian terperinci akan dilakukan terhadap organisasi kurikulum pendidikan
            sains sosial seperti penyusunan mengikut mata pelajaran atau disiplin, pendekatan berasaskan objektif, pendekatan integrasi, pendekatan
            holistik, pendekatan spiral, pendekatan bertema dan lain-lain. Tumpuan juga akan diberikan kepada perbincangan mengenai cabaran-
            cabaran baru dan pengaruhnya terhadap kurikulum pendidikan sains sosial seperti perkembangan teknologi maklumat, globalisasi dan
            pembentukan modal insan.

            Kaedah Penilaian         : Penilaian berterusaan: 60%, Peperiksaan : 40%

            Bahasa Pengantar         : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Allan C. Ornstein, Edward F. Pajak & Stacey B. Ornstein. (2009). Contemporary issues in curriculum. 4th.ed. Boston: Pearson
            Colin J. Marsh & George Willis (2007). Curriculum: Alternative approaches, ongoing issues. 4th ed. Merrill Prentice Hall: Pearson.
            Allan C. Ornstein & Francis P. Hunkins. (1998). Curriculum: Foundations, princilples, and issues. 3rd ed. Boston: Allyn & Bacon.
            Jackson P.W. (ed) (1992). Handbook for research in curriculum. New York: Mac Millan Publishing   Company.
            Shaver, J.S. (1991). Handbook on research on social studies, teaching and learning. New York: MacMillan.





















                                                                                                             232
   275   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285