Page 283 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 283
PAGS 6315 SEKOLAH, KELUARGA DAN KOMUNITI 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini membahaskan tentang teori-teori yang mendasari hubungan sekolah, keluarga dan komuniti termasuk cabaran
ekonomi, sosial dan politik dari segi perubahan pranan dan fungsi keluarga, organisasi dan komuniti terhadap pendidikan. Dibincangkan
juga tentang konsep komuniti sekolah dan beberapa model kerjasama antara sekolah dan ibu bapa serta isu-isu yang berbangkit.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Carol Gestwicki. (2015). Home, School, and Community Relations. Boston, USA: Cengage Learning.
PAGS 6325 PENDIDIKAN AL QURAN 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada falsafah dan konsep asas yang diaplikasikan dalam disiplin Pendidikan
Al Quran. Fokus perbincangan kursus meliputi evolusi Pendidikan Al Quran, pelbagai komponen serta cabang ilmu dalam disiplin
Pendidikan Al Quran, konsep kesepaduan dalam Pendidikan Al Quran serta isu dan trend dalam amalan Pendidikan Al Quran di Malaysia
dan sebagainya. Pelajar juga akan dilatih untuk menganalisis serta mengaplikasikan teori, kaedah serta prinsip pendidikan yang sesuai
bagi mengembangkan disiplin Pendidikan Al Quran. Perbincangan kursus turut mengambil kira perspektif tradisional dan kontemporari
bagi memastikan kerangka falsafah dan praktikal Pendidikan Al Quran tidak diabaikan dalam melaksanakan Pendidikan Al Quran
kontemporari.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
Rujukan Utama
Daud Ismail & Asyraf Ab. Rahman . (2013). Sejarah dan perkembangan mushaf Uthmani di Malaysia. Kuala Terengganu: Universiti
Malaysia Terengganu (UMT).
Ab.Aziz Sulaiman, Syed Hadrullathi Syed omar, Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali, Jamaluddin Hashim & Zulkifli Mohd .(2014). Isu
kontemporari Pendidikan Al-Quran. Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
235