Page 287 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 287
PAGS 6346 TREND DAN ISU DALAM PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada trend dan isu berkaitan dengan prinsip serta amalan pendidikan yang
memfokuskan kepada pembangunan potensi diri pelajar menjadi insan kamil berlandaskan pendekatan Islam serta Barat. Perbincangan
kursus meliputi konsep pembangunan insan dan insan seimbang, teori pembangunan insan mengikut pemikir Islam dan Barat, faktor
pemangkin kepada amalan pendidikan yang melahirkan insan kamil seperti kurikulum, strategi pengajaran dan pembelajaran, penilaian,
guru serta pembolehubah lain. Pelajar juga akan menganalisis secara kritikal isu-isu semasa yang memberi kesan terhadap proses
pembinaan insan melalui pendidikan serta mengemukakan alternatif penyelesaiannya. Pelajar juga akan mengenalpasti isu kritikal yang
menghalang proses pembangunan insan dalam konteks kerjaya mereka sebagai guru dan mengemukakan satu cadangan penyelidikan
yang membantu ke arah penyelesaian isu tersebut.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Noor Shakirah Mat Akhir. (2008). Al Ghazali and his theory of the soul: A comparative study. Pulau Pinang: Penerbit USM.
Ahmad Mohd Said & Khalidah Salekan. (Eds.) (2007). Pembangunan insan: Aspirasi dan realiti. Kajang: Kolej Dar al Hikmah.
Rashid Siddiqui. (Ed.) (2004) Tazkiyah: The Islamic path of self-development. Markfield: The Islamic Foundation.
Palmer, J.A. (Ed.) (2001). Fifty major thinkers on education. London: Routledge.
Al Attas, S.M Naquib (1984). The concept of education in Islam, Kuala Lumpur: ISTAC
239