Page 290 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 290

PAGS 6349   SOSIOLOGI PENDIDIKAN: PERSPEKTIF PERBANDINGAN           3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada konsep asas sosiologi pendidikan daripada perspektif Islam dan Barat.
            Ia akan membincangkan tentang prinsip-prinsip yang menjadi dasar pandangan Islam dan Barat terhadap masyarakat serta ciri-cirinya. Ia
            akan meninjau beberapa aspek seperti institusi sosial, klasifikasi kelompok sosial, pendidikan kemasyarakatan, nilai-nilai sosial, institusi-
            institusi pendidikan utama dalam proses sosialisasi dengan penekanan kepada institusi tradisional dan pembolehubah lain. Perbincangan
            akan turut menyentuh wacana pemikiran Islam dan Barat mengenai peranan pendidikan dalam pembinaan sesebuah masyarakat serta
            tamadun. Pelajar juga akan dilatih untuk menganalisis secara kritikal isu-isu sosial kontemporari berdasarkan kerangka pemikiran sosiologi
            Islam dan Barat. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dengan cara mengemukakan
            cadangan penyelesaian yang praktikal bagi menghadapi isu-isu tersebut dalam konteks lokal dan internasional. Perbincangan kursus turut
            memberi  tumpuan  kepada  kaedah  dan  metodologi  penyelidikan  yang  sesuai  dalam  manjalankan  kajian  sosiologi  pendidikan
            perbandingan.

            Kaedah Penilaian         : Penilaian berterusan: 70%,
                                    Peperiksaan:  30%

            Bahasa Pengantar      : Bahasa Malaysia dan Bahsa Inggeris

            Rujukan Utama
            Abdul Razak Ahmad, Rozita Abdul Latif, Didin Saripudin (2008) Masyarakat dan pendidikan: perspektif sosiologi, Kuantan:    Yayasan
            Istana Abdulaziz.
            Macionis, J.J (2008). Sociology, 12  ed., New Jersey: Pearson Education.
                                     th
            Saleh Faghirzadeh (2008) Sosiologi sosiologi, (terj. Mohd Fauzi Yaacob), Kuala Lumpur: Intitut Terjemahan Negara Malaysia
            El Mesawi, Mohamed Tahir (2007) A muslim theory of human society. Batu Caves:Thinker‟s Library.
            Ballantine, J.H (2001) The sociology of education, a systematic anlysis, 5  ed., New Jersey: Pearson Education.
                                                                 th








































                                                                                                             242
   285   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295