Page 294 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 294

PBGS  6111        SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA                                                          3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus  ini  menyediakan  pelajar  dengan  kemahiran  untuk  merangka,  melaksana  dan  menghasilkan  laporan  satu  projek
            penyelidikan yang berkaitan dengan bidang pendidikan bahasa. Pelajar akan didedahkan dengan kerangka konsep yang lengkap sebagai
            asas bagi melaksanakan projek penyelidikan, membuat kajian literatur, merangka metodologi, mengumpul dan menganalisis data, dan
            membuat kesimpulan daripada hasil penganalisisan data yang dilakukan. Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat menghasilkan satu
            laporan penyelidikan yang lengkap dengan tajuk yang dipilih mereka.

            Kaedah Penilaian      : Penilaian berterusan (Tugasan, Pembentangan): 70%,  Peperiksaan:  30%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            Perry,  F  (2005).    Research  in  Applied  Linguistics:  Becoming  a  Discerning  Consumer.  Mahwah,  New  Jersey:  Lawrence  Erlbaum
                   Associates.
            Mackey,  A  &  Gass,  S  (2005).  Second  Language  Research:  Methodology  and  Design.  Mahwah,  New  Jersey:  Lawrence  Erlbaum
                   Associates

             PBGS 6112           PRINSIP DAN AMALAN PENGAJARAN BAHASA                             3 KREDIT


            Sinopsis
                   Kursus  ini  bertujuan  untuk  memberi  pendedahan  kepada  pelajar  tentang  aspek-aspek  yang  berkaitan  pengajaran  dan
            pembelajaran  bahasa.  Sebagai  pengenalan  kursus  ini  akan  membincangkan  perkembangan  dalam  pengajaran  pelbagai    bahasa  di
            Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan hinggalah perkembangan terkini. Pelajar juga akan didedahkan dengan skop, falsafah dan
            metodologi  serta  pelbagai  isu  yang  berkaitan  kajian  dan  amalan  dalam  pengajaran  dan  pemerolehan  bahasa;  meneliti  dan  mengkaji
            pelbagai sumbangan dalam penyelidikan yang berhubung pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pelajar akan dibimbing untuk membina
            pemetaan konsep serta kemahiran menganalisis dan memberikan pandangan yang kritis terhadap isu yang berkaitan prinsip dan amalan
            dalam bidang pendidikan bahasa. Mereka digalakkan untuk membuat aplikasi terhadap bidang pendidikan bahasa yang diceburi dengan
            mencari, mengumpul, mengkategori, dan menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber sepanjang kurusus ini dijalankan. Pelajar juga
            akan melibatkan diri dengan bengkel dan seminar serta menyediakan dan membentangkan kertas penggal, kertas pemikiran, dan folio
            reka bentuk kajian tentang prinsip dan amalan dalam pengajaran bahasa. Pada akhir kursus, pelajar diharap dapat menghasilkan satu
            bentuk penulisan akademik yang bersesuaian dalam bidang pendidikan bahasa.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan (Tugasan, Pembentangan): 70%,  Peperiksaan:  30%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2003) Teori Bahasa; Implikasinya terhadap pengajaran tatabahasa. Tajung Malim: Universiti Pendidikan
                   Sultan Idris.
            Mahzan Arshad (2003) Pendidikan Literasi Bahasa: Satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
            Gail E Thompkins (1998) Language arts: Content and teaching strategies. New Jersey: Prentice Hall.















                                                                                                             246
   289   290   291   292   293   294   295   296   297   298   299