Page 299 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 299
PBGS 6338 PERANCANGAN DAN POLISI DALAM PENDIDIKAN BAHASA 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang setiap peringkat perancangan dan polisi bahasa dari peringkat kerajaan
hingga individu. Kursus ini akan menganalisis teori dan implimentasi dalam pelbagai polisi bahasa. Selain itu, pelajar berpeluang
meneroka kepelbagaian dalam penggunaan bahasa dan kaitannya dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di negara ini. Pelajar
kemudiannya berpeluang mengaitkan teori-teori asas dalam bidang perancangan dan polisi bahasa dengan amalan hidup seharian
masyarakat di sekitar dan perkaitannya dengan sistem pendidikan di negara ini. Kursus ini juga akan membuka peluang kepada pelajar
untuk menjalankan kajian lapangan yang berkaitan polisi kepelbagaian penggunaan bahasa di negara ini.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Tugasan, Pembentangan): 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Awang Sariyan. (2006). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdul Razak Abdullah Baginda. (2005). Education in Multicultural Societies: Perspectives on Education in Malaysia. London: ASEAN
Academic Press.
Holmes. J. (2001). An Introducation to Sosiolinguistics. Edinburgh. Harlow: Pearson Education Limited.
Asmah Haji Omar. (1993). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
PBGS 6339 KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahan sastera bagi meningkatkan penguasaan bahasa.
Untuk itu, kursus ini akan tumpukan perhatian kepada pelbagai pendekatan dan teknik yang bersesuaian supaya pelajar berminat
terhadap bahan sastera. Para pelajar perlu mengembangkan teknik melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam
pengajaran bahan sastera. Isu dan masalah dalam pengajaran bahan sastera akan dibincang untuk dicari cara penyelesaiannya.
Seterusnya para pelajar juga dikehendaki merangka dan membentangkan modul pengajaran yang berkesan.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian, Tugasan): 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina
Rujukan Utama
Talib Samat. (2004). Memahami Isu-isu Kesusasteraan, Kebudayaan, Pemikiran dan Pendidikan. Shah Alam: Karisma Publications.
Kamarudin Husin. (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Othman Puteh (pngr.). (2000). Pengajaran Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
251