Page 284 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 284

PAGS 6330   PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN DAN PATRIOTISME                 3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus  ini  bertujuan  memberi  pendedahan  kepada  pelajar  tentang  pengetahuan,  kemahiran  dan  nilai  berkaitan  pendidikan
            kewarganegaraan dan patriotisme. Antara topik yang akan dibincangkan ialah: konsep berkaitan dengan pendidikan kewarganegaraan
            seperti sistem politik, ekonomi dan budaya, patriotisme, integrasi kebangsaan, hak dan tanggungjawab, kepelbagaian budaya, keamanan
            dan harmonis sedunia (global citizenship), program pendidikan kewarganegaraan dan patriotisme negara barat dan timur, dan masalah
            dan isu dalam perkembangan pendidikan kewarganegaraan dan patriotisme khususnya di Malaysia seperti kurikulum sekolah, latihan guru
            dan penyertaan komuniti.

            Kaedah Penilaian       : Penilaian berterusan: 70%,  Peperiksaan:  30%

            Bahasa Pengantar       : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Rubin, B.C. & Giarelli, J.M. (edt).(2007) Civic education for diverse citizens in global times. New York: Routledge.
            Nazaruddin Haji Mohd Jali (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Petaling Jaya:Prentice Hall.
            Bailey, R. (2000). Teaching values and citizenship across the curriculum: Educating children to the world. London: Kogan Page.
            Davidson, A.J. & Stow, W. (2000). Social literacy: Citizenship education and the national curriculum. London: Routledge Falmer.


             PAGS 6332   PSIKOLOGI SENI                                             3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini meneroka perspektif sejarah dan semasa tentang perkembangan seni kanak-kanak. Tujuannya, antara lain, adalah
            untuk mengesan hubungan antara pertumbuhan intelek kanak-kanak dengan kebolehan kreatif dan bertindak balas terhadap seni. Antara
            topik utama yang dibincangkan ialah sejarah dan teori seni kanak-kanak, ciri dan perkembangan strategi kanak-kanak dalam seni, dan
            kanak-kanak sebagai pengkritik seni

            Kaedah Penilaian         : Penilaian berterusan:70%,  Peperiksaan: 30%

            Bahasa Pengantar      : Bahasa Malaysia dan Bahsa Inggeris

            Rujukan Utama
            Schiller, W. (2000) (ed.). Thinking through the arts. Singapore: Harwood Academic Publishers
            Cox, M. (1992). Children’s drawings. London: Penguin Books
            Golomb, C. (1992). The child’s creation of pictorial world. Berkeley, CA: University of California Press.
























                                                                                                             236
   279   280   281   282   283   284   285   286   287   288   289