Page 278 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 278

PAGS 6109   PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM                        3 KREDIT


            Sinopsis

                   Kursus  ini  bertujuan  untuk  mendedahkan  pelajar  kepada  falsafah  dan  konsep  asas  yang  diaplikasikan  dalam  penyelidikan
            sebagai satu proses penting bagi perkembangan disiplin Pendidikan Islam. Fokus perbincangan kursus meliputi teori serta kaedah asas
            penyelidikan  kualitatif  dan  kuantitatif  dalam  pendidikan  dengan  mengetengahkan  pelbagai  rekabentuk  penyelidikan  berkaitan  seperti
            tinjauan, eksperimental, kajian kes, kajian tindakan, pensejarahan dan sebagainya. Pelajar juga akan dilatih menganalisis penggunaan
            kaedah  tersebut  serta  prinsip  penyelidikan  berkaitan  dalam  kajian-kajian  Pendidikan  Islam  yang  telah  dijalankan.  Pelajar  akan
            mengaplikasi pengetahuan diperolehi melalui penyediaan kertas cadangan penyelidikan serta penyelidikan mikro yang akan dilaksanakan
            bagi memenuhi keperluan kursus ini. Perbincangan kursus turut mengambilkira perspektif tradisional bagi memastikan kerangka falsafah
            penyelidikan dalam Islam tidak diabaikan dalam melaksanakan penyelidikan kontemporari.

            Kaedah Penilaian        : Penilaian berterusan: 70%, Peperiksaan:  30%
            Bahasa Pengantar       : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

            Rujukan Utama
            Al-Asad, Nasiruddin (2009). Tasawwurat Islamiyyah fi al-Ta’lim al-Jami’iyy wa al-Bahs al-Ilmiyy. Amman: Rawa‟i Majdlawi Al-Nashshar, Ali
            Saami (2009). Manahij al-Bahs ‘ind Mufakkiri al-Islam, Beirut : Dar al-Nahdhah al-Arabiyyah
            Cresswell, J.W  (2008)  Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative  and qualitative research 3 rd  Edition. :
            Pearson/Merrill Prentice Hall
            Cresswell,  J.W  (2008)  Research  design:  Qualitative,  quantitative,  and  mixed  methods  approaches  -3   Edition.  California:  Sage
                                                                                            rd
                   Publications
            Suzalie Mohamad (2003). Memahami Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : IKIM
            Neuendorf, K.A (2001). The Content Analysis Guidebook. New York: Sage Publication.

              PAGS 6110   KURIKULUM PENDIDIKAN NILAI                                3 KREDIT


            Sinopsis
                   Kursus ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mengkaji dan memahami matlamat, objektif dan organisasi kurikulum program
            pendidikan nilai dalam sistem pendidikan sekolah dan institusi pengajian tinggi. Antara topik yang akan dibincangkan adalah matlamat
            program  pendidikan  nilai  dalam  konteks  persekolahan  dan  institusi  pengajian  tinggi,  objektif  kurikulum  pendidikan  nilai,  organisasi
            kurikulum, kandungan kurikulum dan implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran serta aspek pembaikan dan inovasi kurikulum.
            Tumpuan juga akan diberikan kepada kajian pelaksanaan program pendidikan nilai dalam sistem pendidikan di rantau Asia dan di negara-
            negara Barat.

            Kaedah Penilaian      : Penilaian berterusan (Forum kelas; Tugasan; Pembentangan): 70%,
                                     Peperiksaan:  30%
            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Nucci, L.P. & Narváez, D. (2014). Handbook of moral and character education. 2  Edition. New York: Routledge
                                                                      nd



















                                                                                                             230
   273   274   275   276   277   278   279   280   281   282   283