Page 277 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 277

PAGS 6107      ANALISIS FALSAFAH DALAM PENDIDIKAN                     3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar apakah yang difahami dengan aktiviti berfalsafah. Befalsafah melibatkan usaha
            mendapatkan gambaran asas tentang keberadaan makna dan penggunaan perkataan, konsep disebalik perkataan dan tentang alasan
            serta hujah agar isu-isu yang melibatkan falsafah pendidikan dapat dibincangkan dengan jitu. Penekanan khusus akan diberikan kepada
            persoalan konseptual melalui analisis linguistik, analisis  kkonsep atau  ordinary language philosophy.  Apabila  kaedah ini diaplikasikan
            dalam  pendidikan,  ia  akan  melibatkan  analisis  konsep-konsep  utama  seperti  pendidikan,  pengajaran,  pembelajaran,  indoktrinisasi,
            kreativiti dan pemikiran kritis.

            Kaedah Penilaian         : Penilaian Berterusan: 60%,   Peperiksaan : 40%

            Bahasa Pengantar        : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama

            Steven M. Cahn (2009). Philosophy of Education: The Essential Texts. New York : Routledge


             PAGS 6108     KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM                              3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang mendalam kepada pelajar tentang definisi kurikulum  secara menyeluruh
            dan  kaitannya  dengan    Pendidikan  Islam;  menganalisis    teori-teori  kurikulum  serta  sejarah  kurikulum  Pendidikan  Islam;  mengkaji
            perancangan dan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia diperingkat sekolah dan universiti; mengenalpasti isu-isu berkaitan
            kurikulum Pendidikan Islam; merumus kajian-kajian berkaitan kurikulum Pendidikan Islam dalam dan luar negara dan akhirnya pelajar
            dilatih untuk merekabentuk kurikulum Pendidikan Islam untuk kegunaan pada masa hadapan.

            Kaedah Penilaian       : Penilaian berterusan : 70%, Peperiksaan:  30%

            Bahasa Pengantar       : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

            Rujukan Utama

            Charlene Tan.(2014). Reforms in Islamic Education. London/ New York: Bloomsbury Academic



















                                                                                                             229
   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281   282