Page 126 - Handbook Postgraduate (Master) 2016 2017 BM
P. 126
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
Ijazah Sarjana Kaunseling
1. Pendaftaran Kursus
(1) Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan
semester.
(2) Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk
kredit yang diperuntukan bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia
diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.
2. Penyeliaan
Pelantikan Penyelia untuk calon adalah seperti berikut:
(1) Program secara Kursus.
Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.
(2) Program secara Penyelidikan.
Pelantikan penyelia dilakukan sebelum calon mendaftar program.
3. Ketetapan Bidang Penyelidikan
Ketetapan bidang bagi disertasi dan laporan penyelidikan hendaklah dilakukan sebelum calon
memulakan penyelidikannya.
4. Penyerahan
(1) Program secara Kursus.
Tajuk laporan penyelidikan hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan tidak
lewat dari sebulan sebelum calon menyerahkan laporan penyelidikannya untuk
pemeriksaan.
(2) Program secara Penyelidikan.
Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon
memberi notis untuk penyerahan disertasinya.
(3) Calon hendaklah menyerahkan disertasi atau laporan penyelidikan untuk peperiksaan dalam
tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa
tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa tidak
dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.
82