Page 129 - Handbook Postgraduate (Master) 2016 2017 BM
P. 129

(6) atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor lima ratus dan lima puluh (550) jika
                          ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;
                                                       atau

                   Lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pihak universiti sebelum calon mendaftar.


            3.     Tempoh Pengajian
                   Tempoh minimum pengajian bagi program Ijazah Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan) secara
                   Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.

            4.     Matlamat Program

                   Matlamat  program  untuk  menghasilkan  warga  pendidik  yang  dinamik  dan  reflektif  yang  berupaya
                   memantau dan memperbaiki amalan mereka serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori
                   pendidikan  dan  penyelidikan  untuk  menyelesaikan  masalah  yang  berkaitan  dengan  bidang
                   pendidikan.

            5.     Hasil Pembelajaran Program

                   Di  akhir program, pelajar dapat;

                      PO1    Menguasai pengetahuan dalam bidang Sosiologi Pendidikan;
                      PO2    Mempraktikkan  bidang  Sosiologi  Pendidikan.  melalui  pengajaran,  penilaian  dan
                             penyelidikan dengan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat;

                      PO3    Mempamerkan sikap keprihatinan terhadap isu semasa yang berkaitan dengan bidang
                             Sosiologi Pendidikan;
                      PO4    Mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang   Sosiologi
                             Pendidikan;
                      PO5    Mempamerkan  nilai  kepimpinan  dan  kerjasama  dengan  pelbagai  pihak  bagi
                             melaksanakan aktiviti  dalam bidang Sosiologi Pendidikan;
                      PO6    Menganalisis  secara  kritis,  teori,  polisi  dan  aliran  kontemporari  berkaitan  bidang
                             Sosiologi Pendidikan;
                      PO7    Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang
                             berkaitan dengan Sosiologi Pendidikan; dan
                      PO8    Menghasilkan idea inovatif berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang
                             kepada pengurusan dan keusahawanan dalam bidang Sosiologi Pendidikan.



            6.     Struktur Program

                   Program  ini  dijalankan  secara  penyelidikan  sepenuhnya  yang  membawa  kepada  penghasilan
                   Disertasi. Walau bagaimanapun calon disyaratkan mengikuti kursus pengenalan kepada Penyelidikan
                   dalam Pendidikan (PXGZ 6101).


                                                                                           85
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134