Page 133 - Handbook Postgraduate (Master) 2016 2017 BM
P. 133

(3)    Syarat Bahasa Inggeris.

                          Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
                          sekurang-kurangnya IELTS  (International English Language Testing Services) band enam
                          (6) atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor lima ratus dan lima puluh (550) jika
                          ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;
                                                       atau

                   Lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pihak universiti sebelum calon    mendaftar.

            3.     Tempoh Pengajian

                   Tempoh  minimum  pengajian  bagi  program  Ijazah  Sarjana  Pendidikan  (Pendidikan  Sains  Sosial)
                   secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.

            4.     Matlamat Program

                   Matlamat  program  untuk  menghasilkan  warga  pendidik  yang  dinamik  dan  reflektif  yang  berupaya
                   memantau dan memperbaiki amalan mereka serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori
                   pendidikan  dan  penyelidikan  untuk  menyelesaikan  masalah  yang  berkaitan  dengan  bidang
                   pendidikan.

            5.     Hasil Pembelajaran Program

                   Di  akhir program, pelajar dapat;

                     PO1    Menguasai pengetahuan dalam bidang Pendidikan Sains Sosial;
                     PO2    Mempraktikkan  bidang  Pendidikan  Sains  Sosial  melalui  pengajaran,  penilaian  dan
                            penyelidikan dengan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat;
                     PO3    Mempamerkan sikap keprihatinan terhadap isu semasa yang berkaitan dengan bidang
                            Pendidikan Sains Sosial;
                     PO4    Mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang Pendidikan
                            Sains Sosial.
                     PO5    Mempamerkan  nilai  kepimpinan  dan  kerjasama  dengan  pelbagai  pihak  bagi
                            melaksanakan aktiviti  dalam bidang Pendidikan Sains Sosial;

                     PO6    Menganalisis  secara  kritis,  teori,  polisi  dan  aliran  kontemporari  berkaitan  bidang
                            Pendidikan Sains Sosial;
                     PO7    Melibatkan  diri  dalam  pembelajaran  sepanjang  hayat  dan  mengurus  maklumat  yang
                            berkaitan dengan Pendidikan Sains Sosial; dan
                     PO8    Menghasilkan idea inovatif berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang
                            kepada pengurusan dan keusahawanan dalam bidang Pendidikan Sains Sosial.


            6.     Struktur Program

                   Program  ini  dijalankan  secara  penyelidikan  sepenuhnya  yang  membawa  kepada  penghasilan
                   Disertasi. Walau bagaimanapun calon disyaratkan mengikuti kursus pengenalan kepada Penyelidikan
                   dalam Pendidikan (PXGZ 6101).
                                                                                           89
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138