Page 155 - Handbook Postgraduate (Master) 2016 2017 BM
P. 155
(6) atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor lima ratus dan lima puluh (550) jika
ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;
atau
Lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pihak universiti sebelum calon mendaftar.
3. Tempoh Pengajian
Tempoh minimum pengajian bagi program Ijazah Sarjana Pendidikan (Falsafah Pendidikan)
secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.
4. Matlamat Program
Matlamat program untuk menghasilkan warga pendidik yang dinamik dan reflektif yang berupaya
memantau dan memperbaiki amalan mereka serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori
pendidikan dan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bidang
pendidikan.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program, pelajar dapat;
PO1 Menguasai pengetahuan dalam bidang Falsafah Pendidikan;
PO2 Mempraktikkan bidang Falsafah Pendidikan melalui pengajaran, penilaian dan
penyelidikan dengan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat;
PO3 Mempamerkan sikap keprihatinan terhadap isu semasa yang berkaitan dengan bidang
Falsafah Pendidikan;
PO4 Mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang Falsafah
Pendidikan;
PO5 Mempamerkan nilai kepimpinan dan kerjasama berpasukan dengan pelbagai pihak bagi
melaksanakan aktiviti dalam bidang Falsafah Pendidikan;
PO6 Menganalisis secara kritis, teori, polisi dan aliran kontemporari berkaitan bidang
Falsafah pendidikan;
PO7 Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang
berkaitan dengan bidang Falsafah Pendidikan; dan
PO8 Menghasilkan idea inovatif berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang
kepada pengurusan dan keusahawanan dalam bidang Falsafah Pendidikan.
6. Struktur Program
Program ini dijalankan secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada penghasilan
Disertasi. Walau bagaimanapun calon disyaratkan mengikuti kursus pengenalan kepada Penyelidikan
dalam Pendidikan (PXGZ 6101).
111