Page 156 - Handbook Postgraduate (Master) 2016 2017 BM
P. 156
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
Ijazah Sarjana Pendidikan (Falsafah Pendidikan)
1. Pendaftaran Kursus
Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.
2. Penyeliaan
Pelantikan penyelia dilakukan sebelum calon mendaftar program
3. Penyerahan
(1) Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon
memberi notis untuk penyerahan disertasinya.
(2) Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya.
Tempoh yang diambil untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau
kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa tidak dianggap sebagai
sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.
112