Page 267 - Handbook Postgraduate (Master) 2016 2017 BM
P. 267

PAGS 6315   SEKOLAH, KELUARGA DAN KOMUNITI                           3 KREDIT


            Sinopsis

                   Kursus  ini  membahaskan  tentang  teori-teori  yang  mendasari  hubungan  sekolah,  keluarga  dan  komuniti    termasuk  cabaran
            ekonomi, sosial dan politik dari segi perubahan pranan dan fungsi keluarga, organisasi dan komuniti terhadap pendidikan.  Dibincangkan
            juga tentang konsep komuniti sekolah dan beberapa model kerjasama antara sekolah dan ibu bapa  serta  isu-isu yang berbangkit.

            Kaedah Penilaian      : Penilaian berterusan: 70%, Peperiksaan:  30%

            Bahasa Pengantar      : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama

            Carol Gestwicki. (2015). Home, School, and Community Relations. Boston, USA: Cengage Learning.



             PAGS 6325     PENDIDIKAN AL QURAN                                    3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada falsafah dan konsep asas yang diaplikasikan dalam disiplin Pendidikan
            Al  Quran.  Fokus  perbincangan  kursus  meliputi  evolusi  Pendidikan  Al  Quran,  pelbagai  komponen  serta  cabang  ilmu  dalam  disiplin
            Pendidikan Al Quran, konsep kesepaduan dalam Pendidikan Al Quran serta isu dan trend dalam amalan Pendidikan Al Quran di Malaysia
            dan sebagainya. Pelajar juga akan dilatih untuk menganalisis serta mengaplikasikan teori, kaedah serta prinsip pendidikan yang sesuai
            bagi mengembangkan disiplin Pendidikan Al Quran. Perbincangan kursus turut mengambil kira perspektif tradisional dan kontemporari
            bagi  memastikan  kerangka  falsafah  dan  praktikal  Pendidikan  Al  Quran  tidak  diabaikan  dalam  melaksanakan  Pendidikan  Al  Quran
            kontemporari.

            Kaedah Penilaian       : Penilaian berterusan: 70%, Peperiksaan:  30%

            Bahasa Pengantar      : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

            Rujukan Utama

            Daud Ismail & Asyraf Ab. Rahman . (2013). Sejarah dan perkembangan mushaf Uthmani di Malaysia. Kuala Terengganu: Universiti
            Malaysia Terengganu (UMT).

            Ab.Aziz Sulaiman, Syed Hadrullathi Syed omar, Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali, Jamaluddin Hashim & Zulkifli Mohd .(2014). Isu
            kontemporari Pendidikan Al-Quran. Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)



















                                                                                                             223
   262   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272