Page 222 - Propektus Program Ijazah Dasar Sesi 20142015
P. 222
1. MAKMAL SAINS SERBAGUNA/ MULTIPURPOSE SCIENCE LABORATORY
Kakitangan/ Staffs : En. Azlan B. Aziz
En. Mohd Fadzil Ismail
Makmal ini ialah untuk membantu pelajar dalam bidang Pendidikan Sains mendapat kemahiran dalam penggunaan
makmal. Alat dan bahan yang perlu digunakan dalam eksperimen dan kerja amali boleh didapati di makmal ini. Makmal
juga dilengkapi dengan kemudahan untuk membantu pelajar membuat alat bagi keperluan pengajaran mereka. Pelajar
yang menggunakan makmal ini mesti mematuhi peraturan keselamatan yang ada. Sekiranya mereka mendapati alat dan
bahan di makmal sukar digunakan, mereka harus meminta pertolongan daripada kakitangan yang bertugas.
This laboratory is to help Science Education students to acquire skills in the use of laboratory. Tools and materials for experiments and
practical work can be obtained from this laboratory. The workshop facilities in the laboratory are allocated especially for students who intend
to construct tools for their instructional needs. Students should follow the safety rules. Should they find any difficulty in using the tools and
materials in the laboratory, they should ask for assistance from the staff on duty.
2. BILIK MIKROKOMPUTER/ MICROCOMPUTER ROOM
Kakitangan/ Staffs : Pn. Anis Amija Amiruldin
En. Mohd Hasri Che Ros
Pn. Norazlina binti Ahmed Nawawi
Bilik mikrokomputer dilengkapkan dengan beberapa buah mikrokomputer IBMXT. Bilik ini berfungsi untuk membantu
pelajar Sarjana Muda Pendidikan dan Sarjana Pendidikan untuk mencapai kemahiran menggunakan komputer untuk
pendidikan. Bilik ini juga digunakan untuk memproses data penyelidikan pendidikan. Pelajar yang menggunakan komputer
di unit ini perlu mematuhi peraturan yang ada.
The Microcomputer unit is equipped with several IBMXT Microcomputers. The unit is to aid students of the Bachelor of Education and
Master of Education programmes to acquire computer application skills in education. It also provides facilities for processing research data in
education. Students who use the computers in this unit should abide all the rules.
3. PERPUSTAKAAN/ LIBRARY
Kakitangan/ Staff :
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan sumber maklumat yang diperlukan oleh para pelajar, pensyarah serta penyelidik
dalam bidang pendidikan. Pelbagai jenis bahan bacaan boleh didapati khususnya yang berkaitan dengan bidang
pendidikan. Antaranya buku-buku teks sekolah, cadangan penyelidikan, tesis, jurnal-jurnal pendidikan tempatan, laporan,
kertas persidangan, keratan akhbar serta sukatan pelajaran.
The library aims to provide information services which are needed by students, lecturers and educators in the field of education. Various
types of materials especially related to this field education field can be obtained. Among them are school text books, research suggestions,
thesis, journals on local education, reports, conference texts, newspaper cuttings and syllaby.
4. BILIK GRAFIK/ GRAPHIC ROOM
Kakitangan/ Staff :
Bahagian ini memberi kemudahan kepada pelajar di Fakulti Pendidikan mendapatkan bahan-bahan dan menggunakan
tempat yang disediakan untuk membuat alat bantuan mengajar untuk persediaan pengajaran mikro dan latihan
mengajar. Kerja-kerja membesarkan peta dan gambar, memotong stirobusa juga dibuat di sini. Antara bahan-bahan
yang boleh didapati di sini: kad manila, kad kotak (dua jenis), cat warna, berus, alatulis dan lain-lain.
This section provides assistance to students in the Faculty of Education to gain access to materials and to use available space to construct
teaching aids for micro teaching and practicum. Work on enlargement of maps, and cutting of stirobusa can be done here. Among the
materials that are available are:- manila cards, box cards (two types), paint, brushes and other stationary.
183