Page 37 - Propektus Program Ijazah Dasar Sesi 20142015
P. 37

KEMAHIRAN INSANIAH / SOFT SKILLS

            PENGENALAN/ INTRODUCTION

            Dalam era globalisasi, pencapaian tahap akademik yang tinggi idak lagi mencukupi untuk para graduan diterima terus ke
            pasaran pekerjaan. Dengan ekspektasi majikan dan cabaran pekerjaan yang semakin meningkat, graduan perlu memiliki
            bukan sahaja kelayakan akademik tetapi kebolehan dan kemahiran yang memberikan nilai tambah yang mampu menarik
            minat majikan. Dari aspek ini, kemahiran insaniah ataupun dikenali sebagai ‘soft skills’ dilihat sebagai penyumbang yang
            kritikal dalam menjana modal insan yang menyeluruh di samping mampu membawa persaingan di peringkat global.
            In this era of globalization, high academic achievement alone is not enough for graduates to be accepted into the job market. Employers
            have  high  expectancy  of  graduates  and  given  the  ever  increasing  challenges  in  employment,  graduates  not  only  need  academic
            qualifications but capabilities and skills that give value-added and can attract employers. From this aspect, ‘soft skills’ are seen as critical
            contributors in generating holistic human capital besides increasing global competitiveness.

            Pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah menggariskan tujuh elemen kemahiran insaniah yang wajar dimiliki oleh graduan.
            Tujuh elemen tersebut ialah:
            The Ministry of Higher Education has specified seven elements of soft skills that graduates should master. These seven skills are:

               (1)     Kemahiran Berkomunikasi
                       Communication Skills

               (2)     Pemikiran  Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
                       Critical thinking and Problem Solving skills

               (3)     Kemahiran  Kerja Berpasukan
                       Teamwork Skills

               (4)     Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
                       Lifelong Learning and Information Management

               (5)     Kemahiran Keusahawanan
                       Entrepreneurial Skills

               (6)     Etika dan Moral Profesional
                       Professional Ethics and Morality

               (7)     Kemahiran Kepimpinan
                       Leadership Skills

            Setiap elemen berkenaan diperincikan kepada 2 kumpulan iaitu:
            Each element is categorized into 2 groups, namely:

               •   Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) :
                   KIM merupakan kemahiran yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar Institut Pengajian Tinggi. Jika kemahiran ini
                   tidak ada, pelajar dianggap tidak kompeten dalam elemen berkaitan.

                   Soft Skills (must have):
                   SMH are the skills that must be mastered by all students in Higher Learning Institutions. If these skills are absent, the student is
                   regarded as not competent in the element involved.

               •   Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT) :
                   KIT  dianggap  sebagai  kemahiran  generik  yang  memberi  nilai  tambah  kepada  pelajar.  Jika  pelajar  memiliki
                   kemahiran KIT & KIM mereka boleh dianggap memiliki kompeten cemerlang dalam elemen berkaitan.

                   Soft Skills (good to have) :
                   SGTH are regarded as generic skills that give value-added to the student. If these skills are mastered by the student together
                   with the SMH, the student is regarded as having outstanding competency in the element involved.






                                                                                         32
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42