Page 5 - Propektus Program Ijazah Dasar Sesi 20142015
P. 5

KATA ALUAN DEKAN
                                       WELCOMING REMARKS FROM THE DEAN

                              Bismillahirahmanirahim.

                              Dengan rasa bangga dan besar hati saya mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baru bagi
                              sesi Tahun Akademik 2014/2015 dan terima kasih kerana memilih Fakulti Pendidikan, Universiti
                              Malaya  sebagai  pilihan  utama  untuk  melanjutkan  pelajaran.  Fakulti  yang  terulung  ini  bukan
                              sahaja telah mencipta nama di peringkat nasional bahkan juga di peringkat global.
                              It is my pleasure and honour to welcome all new students to the 2014/2015 Academic Year and thanks for
                              making Faculty of Education, University of Malaya your preferred choice. We are an established Faculty that
                              has made its mark not only nationally but also globally.

            Seiring dengan pencapaian Universiti Malaya yang melonjak di kedudukan yang lebih baik di peringkat antarabangsa tahun
            demi tahun, Fakulti Pendidikan juga telah berjaya meningkatkan tarafnya dengan tersenarai sebagai salah satu daripada
            100 Fakulti Pendidikan terbaik di dunia. Pencapaian ini tidak tiba dalam sekelip mata tetapi adalah berasaskan daya usaha
            dan keprihatinan selama bertahun-tahun daripada setiap ahli fakulti serta para pelajar. Dengan usia lebih 50 tahun, Fakulti
            Pendidikan terus unggul dengan kejayaan menghasilkan kira-kira 20,000 graduan cemerlang.
            As University of Malaya is ranked better and better each year at the international arena, the Faculty of Education has also been able to raise
            its standards to become one of the top 100 education faculties in the world. This success did not happen overnight but is from years of toil by
            faculty members and students. Being 50 years of age, the faculty has gracefully aged to wisdom, witnessing about 20 000 graduates over
            the years.

            Program  ijazah  yang  ditawarkan  oleh  fakulti  tidak  hanya  menyediakan  pelajar  dengan  ilmu  intelektual  dan  kemahiran
            semata-mata tetapi turut menghubungkan teori dan amalan bagi mempersiapkan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan.
            Sehingga kini, graduan kami tidak hanya menyerlah dalam industri tempatan malah turut menyinar di persada antarabangsa.
            Our degree  programmes do not  only provide students with sought after knowledge and skills, but also link theory to practice to better
            prepare  students  for  the  workforce.  To  date,  our  graduates  do  not  only  shine  in  the  public  and  local  industries.  Many  are  successful
            personnels of private and international institutions as well.

            Dalam  kami  berbangga  dengan  kejayaan  ini,  Fakulti  Pendidikan  sentiasa  peka  terhadap  cabaran-cabaran  baru  yang
            dihadapi  oleh  negara.  Justeru,  Fakulti  Pendidikan  telah  mengambil  langkah-langkah  sewajarnya  dalam  menghasilkan
            graduan  yang  berupaya  menjadi  pemikir  dan  menyumbang  kepada  idea-idea  baru  seterusnya  mampu  menjalankan
            penyelidikan bermutu setaraf dengan universiti terkemuka dunia atau mungkin lebih baik daripada mereka.
            As much as we take pride in such successes, the faculty understands that there is a need to consider latest challenges faced by the nation
            and take calculated steps to educate and acculturate our new graduates into becoming thinking, researching individuals whose ideas are not
            only at par with those from world class universities, but perhaps, surpass them.

            Untuk memastikan kecemerlangan yang mapan, misi dan visi fakulti harus tersinkroni dalam setiap sudut dan didukung
            dengan strategi yang jitu ke arah halatuju yang hendak dicapai. Perancangan disusun dengan teliti untuk generasi akan
            datang dalam menghasilkan buah kejayaan dari benih yang ditanam.
            To attain the nation’s education goals, the university and faculty’s mission and vision must be upheld, and strategies must be planned with
            utmost care for the future generation to reap fruits of success from the seeds we sow.

            Salam hormat dan selamat maju jaya.
            Regards and all the best.


                                          ‘CEMERLANG BERSAMA UM’
                                             ‘EXCELLENCE WITH UM’





            PROFESOR MADYA DR. MARIANI MD. NOR
            ASSOCIATE PROFESSOR DR. MARIANI MD NOR
            DEKAN/ DEAN
            FAKULTI PENDIDIKAN/ FACULTY OF EDUCATION
            UNIVERSITI MALAYA/ UNIVERSITY OF MALAYA
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10