Page 8 - Propektus Program Ijazah Dasar Sesi 20142015
P. 8

Untuk mencapai wawasan ini, Fakulti telah mengenal pasti objektif yang berikut.
            To achieve this mission, the Faculty has identified the following general objectives:

            •   Untuk menghasilkan guru yang cekap bagi sekolah dan institusi pendidikan lain.
               To produce competent teachers for schools and other educational institutions.

            •   Untuk menghasilkan pakar dalam semua bidang pendidikan dan pembangunan manusia.
               To produce experts in all areas of education and human development.

            •   Menjadi pusat pengajian pasca ijazah dan pembangunan manusia.
               To become a postgraduate centre in education and human development.

            •   Menjadi  pusat  inovasi,  penyelidikan  asas  dan  aplikasinya  dalam  semua  bidang  pendidikan  dan  pembangunan
               manusia.
               To become a centre of innovation in basic and applied research in all areas of education and human development.

            •   Menjadi pusat latihan dan perundingan dalam bidang pendidikan dan pembelajaran untuk  organisasi dan institusi.
               To become the centre of training and consultation in the field of education for organizations and institutions.

               Fakulti Pendidikan menerima pakai peranan proaktif dalam usaha memenuhi era perubahan yang berterusan dalam
            bidang  pendidikan.  Ini  termasuk  penyemakan  dan  penelitian  semula  program  dan  kursus,  penyemakan  kurikulum  dan
            instruksi untuk memasukkan, jika perlu, perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan.

               The Faculty is proactive in keeping pace with the ever-changing demands in the field of education. This includes the reappraisal of
            programmes and courses, curriculum revisions and departmental restructuring to accommodate new changes when necessary.

               Pada tahun 1970, pada dasarnya, struktur Fakulti Pendidikan adalah terdiri daripada lima bahagian yang berbeza.
            Bagaimanapun, oleh sebab perkembangan baru dan anjakan paradigma dalam sistem pendidikan, Fakulti Pendidikan telah
            melalui satu siri penstrukturan dan pembentukan semula organisasinya bagi membolehkan Fakulti ini memenuhi hasrat visi
            dan objektifnya. Pembentukan struktur organisasi terbaru Fakulti Pendidikan telah dilaksanakan pada tahun 2001 apabila
            jabatan-jabatan yang berikut ditubuhkan.


               In 1970, the structure of the Faculty comprised five divisions. However, because of new developments and paradigm shifts in the
            educational system, the Faculty had a series of restructuring and reorganisation exercises to enable the Faculty to realise its vision and
            objectives. The latest organisational restructuring was carried out in 2001 resulting in the formation of the following departments.

            •   Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan
                     Department of Educational Foundations and Humanities

            •   Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling
                     Department of Educational Psychology and Counselling

            •   Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan
                     Department of Educational Management, Planning and Policy

            •   Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi
                     Department of Language and Literacy Education

            •   Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains
                     Department of Mathematics and Science Education

            •   Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran
               Department of Curriculum and Instructional Technology

               Di samping menawarkan kursus-kursus peringkat ijazah tinggi, sejak permulaan penubuhannya, Fakulti Pendidikan
            terlibat dalam beberapa program ijazah dasar. Salah satu daripada program ini ialah program Ijazah Sarjana Muda Sains
            dengan  Pendidikan.  Program  ini  dimulakan  bersama  dengan  Fakulti  Sains  Universiti  Malaya  pada  tahun  1975  bagi
            memenuhi permintaan yang tinggi untuk guru-guru sains dan matematik bagi peringkat sekolah menengah atas. Selain itu,
            program ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam juga telah diperkenalkan pada tahun 1982. Kursus ini ditawarkan dengan
            kerjasama  Akademi  Pengajian  Islam  Universiti  Malaya  bagi  menyediakan  guru-guru  untuk  mengajar  mata  pelajaran
            Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah.
                                                                                         3
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13