Page 5 - Handbook Undergraduate 2015 2016
P. 5

KATA ALUAN DEKAN
                                       WELCOMING REMARKS FROM THE DEAN

                              Bismillahirahmanirahim.

                              Dengan rasa bangga dan besar hati saya mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baru bagi
                              sesi Tahun Akademik 2015/2016 dan terima kasih kerana memilih Fakulti Pendidikan, Universiti
                              Malaya sebagai pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran.  Fakulti yang terulung ini bukan
                              sahaja telah mencipta nama di peringkat nasional bahkan juga di peringkat global.
                              It is my pleasure and honour to welcome all new students to the 2015/2016 Academic Year and thanks for
                              making the Faculty of Education, University of Malaya your preferred choice. This established Faculty has
                              made its mark not only nationally but also globally.

            Seiring dengan pencapaian Universiti Malaya yang melonjak di kedudukan yang lebih baik di peringkat antarabangsa tahun
            demi tahun, Fakulti Pendidikan juga telah berjaya meningkatkan tarafnya dengan tersenarai sebagai salah satu daripada
            100 Fakulti Pendidikan terbaik di dunia. Pencapaian ini tidak tiba dalam sekelip mata tetapi adalah berasaskan daya usaha
            dan keprihatinan selama bertahun-tahun daripada setiap ahli fakulti serta para pelajar. Dengan usia lebih 50 tahun, Fakulti
            Pendidikan terus unggul dengan kejayaan menghasilkan kira-kira 20,000 graduan cemerlang.
            In line with the improvement in ranking of the University of Malaya in the international arena from year to year, the Faculty of Education has
            also been able to raise its standards to become one of the top 100 education faculties in the world. This success did not happen overnight
            but is based on years of toil by faculty members and students. Being 50 years of age, the faculty has continued to perform, and has
            succeeded in producing about 20 000 outstanding graduates.

            Program ijazah yang ditawarkan oleh fakulti tidak hanya menyediakan pelajar dengan ilmu intelektual dan kemahiran
            semata-mata tetapi turut menghubungkan teori dan amalan bagi mempersiapkan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan.
            Sehingga kini, graduan kami tidak hanya menyerlah dalam industri tempatan malah turut menyinar di persada antarabangsa.
            Our degree programmes not only provide students with sought after knowledge and skills, but also link theory to practice to better prepare
            students for the workforce. To date, our graduates not only shine in the local industries but many are successful in the international arena as
            well.

            Dalam kami berbangga  dengan kejayaan ini, Fakulti Pendidikan sentiasa peka terhadap cabaran-cabaran baru yang
            dihadapi oleh negara. Justeru, Fakulti Pendidikan telah mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam  menghasilkan
            graduan yang berupaya menjadi pemikir dan menyumbang kepada idea-idea baru seterusnya mampu menjalankan
            penyelidikan bermutu setaraf dengan universiti terkemuka dunia atau mungkin lebih baik daripada mereka.
            As much as we take pride in such successes, the Faculty understands it needs to consider the latest challenges faced by the nation. Hence
            the Faculty has taken the appropriate steps to educate and acculturate our new graduates into becoming thinking individuals who can
            contribute  new ideas and capable of carrying out useful research at par with those from world class universities, but perhaps surpass them.

            Untuk memastikan kecemerlangan  yang mapan, misi dan visi fakulti harus tersinkroni dalam setiap sudut dan didukung
            dengan strategi yang jitu ke arah hala tuju yang hendak dicapai. Perancangan disusun dengan teliti untuk generasi akan
            datang dalam menghasilkan buah kejayaan dari benih yang ditanam.
            To ensure sustained excellence, the university and faculty’s mission and vision must be synchronised from every angle and be supported by
            strong strategies directed at achieving our desired goals. Planning is done with utmost care so that future generations can reap the fruits of
            success from the seeds we have sown.

            Salam hormat dan selamat maju jaya.
            Regards and all the best for your success.


                                          ‘CEMERLANG BERSAMA UM’
                                             ‘EXCELLENCE WITH UM’





            PROFESOR MADYA DR. MARIANI MD. NOR
            ASSOCIATE PROFESSOR DR. MARIANI MD NOR
            DEKAN/ DEAN
            FAKULTI PENDIDIKAN/ FACULTY OF EDUCATION
            UNIVERSITI MALAYA/ UNIVERSITY OF MALAYA
                                                                                         2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10