Page 123 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 123
STATISTIK LANJUTAN
EIE3001 STATISTIK LANJUTAN
3 Kredit
Pra-syarat EIA1006 Statistik II
Hasil Apabila tamat kursus ini, pelajar dapat:
Pembelajaran
1. menggunakan kaedah berkebarangkalian untuk menilai
kebarangkalian bagi peristiwa bernombor;
2. menggunakan kaedah berkebarangkalian untuk membuat inferen
tentang sesuatu populasi berdasarkan maklumat yang terkandung
dalam suatu sampel; dan
3. mengaplikasikan teori statistik dalam menyelesaikan masalah
dalam dunia sebenar.
Sinopsis Kursus ini dirangka untuk memperkenalkan pelajar kepada asas teori
statistik. Topik termasuk konsep pembolehubah rawak, taburan
probabiliti tercantum, sut dan bersyarat, momen, fungsi penjana
momen, taburan fungsi pembolehubah rawak, perangkaan tertib,
kaedah penganggaran dan sifat penganggar.
Rujukan 1. Wackerly D. D, Mendenhall W & Scheaffer, R. L. 2007.
th
Mathematical Statistics with Applications. (7 ed.) Duxbury.
2. Miller, I. & Miller M. 2003. John E. Freund’s Mathematical
th
Statistics. (5 ed.) Pearson.
3. Larsen, R. J. & Marx, M. L. 2010. An introduction to Mathematical
Statistics and Its Applications. (5 ed.) Pearson.
nd
4. Doane, D. P. & Seward, L. E. 2008. Applied Statistics in Business
nd
and Economics. (2 ed.). McGraw-Hill Higher Education.
Kemahiran CS1, CS2
Insaniah CT5
Kaedah Penilaian Berterusan : 40%
Penilaian Peperiksaan Akhir : 60%
115