Page 130 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 130
KURSUS ELEKTIF LUAR FAKULTI (KELF)
PENGENALAN EKONOMI
GIE1001 PENGENALAN EKONOMI
3 Kredit
Pra-syarat Tiada
Hasil Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
Pembelajaran
1. menerangkan konsep dan prinsip asas ekonomi;
2. menghubungkaitkan disiplin ekonomi dengan masalah kehidupan
sebenarnya; dan
3. mengkaji bagaimana sistem ekonomi berfungsi.
Sinopsis Kursus ini memperkenalkan teori asas ekonomi mikro dan ekonomi
makro, dirangka khusus untuk pelajar yang tidak mempunyai asas
ekonomi. Kursus ini pada mulanya akan memberi penekanan kepada
pengenalan kepada pelbagai teori berkaitan. Ini seterusnya diikuti oleh
aplikasi teori kepada proses membuat keputusan, sama ada di
peringkat individu, firma, industri atau ekonomi.
Di antara tajuk ekonomi mikro yang akan dibincangkan ialah batas
kemungkinan pengeluaran, permintaan, penawaran, keseimbangan
pasaran, keanjalan permintaan dan penawaran, teori pilihan pengguna,
pengeluaran dan kos, persaingan sempurna, monopoli, persaingan
bermonopoli dan oligopoli. Tajuk yang termasuk dalam ekonomi makro
adalah perbincangan berkaitan keluaran dalam negeri kasar, taraf
hidup, indeks harga pengguna, kos hidup, pengangguran, pertumbuhan
ekonomi, sistem kewangan, permintaan dan penawaran agregat,
kitaran perniagaan, dasar fiskal dan dasar kewangan.
Rujukan 1. Bade R. and Parkin M., 2012. Foundations of Economics. New
York: Addison Wesley.
2. McEachern, W. A., 2009. Economics Principles. Boulevard:
Cengage Learning
3. Mankiw, G., 2007. Principles of Economics, Thomson,
International Edition.
Kemahiran CS1, CS2, CS3
Insaniah CT1, CT2, CT3
Kaedah Penilaian Berterusan : 40%
Penilaian Peperiksaan Akhir : 60%
122