Page 16 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 16
SARJANA MUDA EKONOMI
PENGENALAN
Program Sarjana Muda Ekonomi dirangka untuk memberikan asas yang kukuh dalam
teori dan pengetahuan ekonomi serta meningkatkan kemahiran kritikal dan analitikal
kepada pelajar. Kursus teras dan elektif dibentuk untuk menghasilkan graduan yang
mempunyai pengetahuan yang global dan khusus. Bermula pada tahun 2015, sistem
jurusan yang baru telah memberikan pilihan kepada pelajar untuk menjurus dalam
salah satu daripada 4 bidang iaitu Ekonomi, Pengajian Pembangunan, Pengajian
Pentadbiran dan Politik, dan Statistik Gunaan sekiranya mereka mengambil sekurang-
kurangnya sembilan (9) kursus dari jurusan yang tertentu dalam tempoh pengajian
mereka. Di bawah sistem ini juga, pelajar perlu menamatkan sejumlah 126 jam kredit
untuk pengijazahan.
SYARAT KEMASUKAN
Calon Tempatan
Secara amnya, calon tempatan harus memenuhi syarat am universiti dan syarat khas
program sebelum diterima masuk ke program ini. Calon mestilah mempunyai sijil
berikut:
STPM atau setaraf; atau
Diploma UiTM atau Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau
kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan
diperakukan oleh Senat Universiti; atau
Matrikulasi, UM Asasi Sains atau UTM Tahun Asas.
Syarat Am Universiti
Setiap calon warganegara yang ingin mengikuti program pengajian di Universiti
Malaya hendaklah memenuhi syarat am Universiti seperti berikut:
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan baik.
2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat
SPM/setaraf dan lulus mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas).
3. Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan
mendapat sekurang-kurangnya:
a. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan
b. Gred C (NGPM 2.00) DUA (2) mata pelajaran lain
4. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-
kurangnya PNGK 2.00; atau
5. Memiliki kelulusan diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; atau
6. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University
English Test (MUET)
15