Page 21 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 21
PENGELASAN IJAZAH SARJANA MUDA DI BAWAH SISTEM SEMESTER
Penganugerahan Ijazah PNGK Kemasukan : Sesi 2002/2003 dan seterusnya
Lulus Dengan Kepujian 2.0 < 3.7 Senat telah memutuskan pelajar yang
memperolehi PNGK terakhir 3.7 dan ke atas
Lulus Dengan Kepujian 3.7 dan ke adalah layak dianugerahkan Ijazah Lulus Dengan
(Dengan Cemerlang) atas Kepujian (Dengan Cemerlang)
PNGK : Purata Nilai Gred Keseluruhan (Maksimum = 4.00)
Catatan :
1. Skim Penggredan yang diluluskan oleh Senat diterima pakai untuk semua program
ijazah Sarjana Muda di bawah Sistem Semester, Universiti Malaya kecuali Ijazah
Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan dan Ijazah Sarjana Muda
Pembedahan Pergigian.
2. Mengikut Kaedah-Kaedah & Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah
Pertama) 2017 di bawah Peraturan 5(9) :
Penebusan Gred Kursus
Pelajar boleh mengemukakan permohonan untuk menebus gred C- bagi mana-
mana kategori kursus tertakluk kepada syarat-syarat berikut dan persetujuan Dekan
Fakulti program pengajiannya:
(i) Permohonan untuk menebus gred C- hendaklah dibuat dalam masa satu minggu
selepas tarikh rasmi keputusan peperiksaan.
(ii) Penebusan Kursus ini boleh dibuat melalui tugasan,ujian atau kaedah-kaedah
penilaian lain yang ditetapkan oleh pemeriksa kursus berkenaan.
(iii) Penebusan hanya terhad satu kursus sahaja pada semester berkenaan
(iv) Kenaikan markah hanya diberi sekiranya pelajar dapat menyempurnakan tugasan
dengan memuaskan dan disahkan oleh pemeriksa kursus berkenaan; dan
(v) Kursus tersebut boleh ditebus kepada gred C sahaja
3. Ijazah yang dianugerahkan kepada pelajar adalah berdasarkan PNGK terakhir yang
diperolehi. Untuk melayakkan seseorang pelajar dianugerahkan ijazah kepujian, ia
hendaklah mencapai PNGK terakhir tidak kurang daripada 2.0 Ijazah yang
dianugerahkan dengan memperolehi PNGK terakhir 3.7 dan ke atas adalah diiktiraf
sebagai mencapai taraf pengijazahan Ijazah Kepujian (Dengan Cemerlang).
20