Page 70 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 70

EKONOMI ALAM SEKITAR


                  EIB2004          EKONOMI ALAM SEKITAR
                  3 Kredit


                  Pra-syarat       Tiada

                  Hasil            Apabila tamat kursus ini, pelajar dapat:
                  Pembelajaran
                                    1.  menerangkan  ekonomi  alam  sekitar  dan  asas  teori  yang
                                        berkaitan;
                                    2.  membangunkan kesedaran akan kepentingan memelihara alam
                                        sekitar; dan
                                    3.  menganalisis isu-isu alam sekitar melalui aktiviti luar kelas.

                  Sinopsis         Kursus  ini  lebih  menjurus  kepada  aspek  teori  alam  sekitar  supaya
                                   para  pelajar  mendapat  gambaran  jelas  tentang  ruang  lingkup
                                   pengajian  alam  sekitar.    Teori  pasaran  menekankan  bahawa
                                   kecekapan pasaran akan senantiasa membawa kepada  peruntukan
                                   sumber secara optimum.  Namun, keadaan sedemikian jarang sekali
                                   berlaku.    Oleh  itu,  kursus  ini  mendedahkan  bahawa  kegagalan
                                   pasaran  sebaliknya  akan  mendorong  kepada  kesan  luaran  yang
                                   berkaitan  dengan  masalah  alam  sekitar  serta  penyelesaian-
                                   penyelesaian  yang  boleh  diambil  untuk  meminimumkan  masalah
                                   tersebut.    Perbincangan  tentang  keperluan  kepada  pembangunan
                                   dan  pengorbanan  terhadap  alam  sekitar  turut  dilakukan.    Isu  alam
                                   sekitar sejagat dan keadaan alam sekitar di negara membangun juga
                                   akan dikaji.

                  Rujukan           1.  Callan,  Scott.  J  and  Thomas,  Janet.  M,  2013, Environmental
                                        Economics     and    Management:      Theory,     Policy   and
                                        Applications, Sixth Edition, The Dryden Press
                                    2.  Tietenberg, T. And Lewis, L., 2010, Environmental Economics &
                                        Policy, Sixth Edition, Pearson.
                                    3.  Berck,  P.  and  Helfand,  G.,  2011, The  Economics  of  the
                                        Environment, First Edition, Pearson Addison Wesley

                  Kemahiran        CS1, CS2, CS3
                  Insaniah         CT1, CT2, CT3
                                   LS1, LS2

                  Kaedah           Penilaian Berterusan : 40%
                  Penilaian        Peperiksaan Akhir     : 60%













                                                            62
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75