Page 74 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 74

EKONOMI ISLAM


                  EIB2008          EKONOMI ISLAM
                  3 Kredit


                  Pra-syarat       EIA1002 Mikroekonomi I dan EIA1003 Makroekonomi I

                  Hasil            Di akhir kursus, pelajar akan dapat:
                  Pembelajaran
                                    1.  menerangkan  pandangan  dunia  Islam  dan  kaitannya  dengan
                                        prinsip ekonomi Islam.
                                    2.  memperihalkan ciri-ciri umum ekonomi Islam.
                                    3.  mengaplikasikan  perspektif  Islam  kepada  persoalan  utama
                                        ekonomi iaitu pengeluaran, penggunaan dan agihan.
                                    4.  menganalisa  perbezaan  ekonomi  Islam  dengan  ekonomi
                                        konvensional  dalam  perkara  asas  ekonomi  dan  isu  ekonomi
                                        seperti penggunaan dan pengeluaran.

                  Sinopsis         Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar asas
                                   kepada ekonomi Islam.  Kursus dimulakan dengan memperkenalkan
                                   kepada pelajar tentang asas agama Islam dan kedudukan ekonomi
                                   dalam Islam, asas falsafah ekonomi Islam dan ciri-ciri penting sistem
                                   ekonomi  Islam  serta  methodologi  ekonomi  Islam.    Seterusnya  ia
                                   membincangkan  perspektif  Islam  dalam  masalah  utama  ekonomi
                                   seperti penggunaan, pengeluaran, agihan, syarat pertukaran, institusi
                                   kewangan, kewangan awam serta peranan kerajaan.

                  Rujukan           1.  Askari, Hossein; Iqbal, Zamir and Mirakhor, Abbas.  2015.
                                        Introduction of Islamic Economics, Theory and Application.
                                        Wiley Finance, UK.
                                    2.  Hassan, Surtahman Kastin and Ahmad, Sanep.  2010.  Ekonomi
                                        Islam: Dasar dan Amalan.  Edisi Kedua.  Dewan Bahasa dan
                                        Pustaka, Kuala Lumpur.
                                    3.  Khan, Muhammad Akram. 1994. An Introduction to Islamic
                                        Economics.  International Institute of Islamic Thought and
                                        Institute of Policy Studies.

                  Kemahiran        CS1, CS2, CS3
                  Insaniah         CT1, CT2
                                   EM1, EM2

                  Kaedah           Penilaian Berterusan : 40%
                  Penilaian        Peperiksaan Akhir     : 60%











                                                            66
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79