Page 211 - fbl
P. 211
SEMESTER 4
1. TII2003 :
Fonetik dan Fonologi Bahasa Itali / Phonetics and Phonology of Italian
2 kredit/credits
Dalam kursus ini, pelajar belajar bagaimana menerangkan ciri-ciri asas sistem fonetik dan
fonologi dalam bahasa Itali. Pelajar juga belajar bagaimana untuk membuat transkripsi bunyi
bahasa Itali menggunakan Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA). Latihan disediakan untuk
mempelajari artikulasi dengan bunyi bahasa Itali yang betul dan juga penggunaan tekanan dan
intonasi.
In this course, the students learn to describe basic features of the Italian phonetic and
phonological systems. They also learn how to transcribe Italian sound using the International
Phonetic Alphabet (IPA). Training is provided on the correct articulation of Italian sounds as well
as on the use of stress and intonation.
Kaedah Penilaian dan Pemarkahan / Marking and Assessment Methods
Penilaian berterusan / Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir / Final examination: 60%
Bahasa Pengantar / Medium of Instruction
Bahasa Itali / Bahasa Inggeris (Italian / English)
Rujukan Utama / Main References
a. Svolacchia (2000) Suoni, accenti intonazione, Bonacci Editore.
b. Introduzione alla fonetica e alla fonologia, Dott. Marina Pucciarelli, Università degli Studi di
Macerata, Facoltà di Scienze della Formazione
c. R. Dall’Armellina, M.L. Turolla, G. Gori (2005), Giocare con la fonetica, Alma Edizioni
2. TII2004 :
Bahasa dan Tamadun Itali I / Italian Language and Civilisation I
2 kredit/credits
Dalam kursus ini, pelajar akan memperolehi pengetahuan asas mengenai tamadun Itali. Pelajar
akan didedahkan dengan pelbagai aspek ketamadunan Itali yang berbeza seperti sejarah,
masyarakat moden dan kontemporari, sistem politik, geografi, dan lain-lain. Kemahiran bahasa
secara lisan mahupun bertulis akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dan
bertanggungjawab di dalam persembahan secara individu dan berkumpulan.
In this course the students will acquire a basic knowledge of Italian civilization. They will be
exposed to different aspects of Italian civilization such as history, modern and contemporary
society, political system, geography, etc. The students’ proficiency in both oral and written
aspects of the language will allow them to communicate effectively and responsibly in individual
and in group performances.
Kaedah Penilaian dan Pemarkahan / Marking and Assessment Methods
Penilaian berterusan / Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir / Final examination: 60%
Bahasa Pengantar / Medium of Instruction
Bahasa Itali / Bahasa Inggeris (Italian / English)
FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK | 211