Page 3 - fbl
P. 3
Amanat Dekan
Profesor Dr. Stefanie Shamila Pillai
Daging Punai Dalam Dulang
Kasi Makan Datuk Temenggung
Kompang Dipalu Selamatlah Datang
Ke Fakulti Bahasa Yang Tersanjung
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan
syabas kepada saudara/ri kerana telah berjaya diterima
masuk untuk melanjutkan pelajaran di Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti
Malaya.
Saya yakin anda akan menggunakan peluang keemasan ini untuk menimba ilmu
pengetahuan dan mencari pengalaman melalui pelbagai aktiviti termasuk program
outbound luar negara serta projek jalinan masyarakat yang mampu meningkatkan
kecermelangan peribadi anda.
Staf akademik Fakulti Bahasa dan Linguistik yang berpengalaman senantiasa
bersedia untuk membantu anda dalam perjalanan pembelajaran anda. Anda perlu
menjalinkan hubungan yang baik dan membina persefahaman dengan Penasihat
Akademik yang dilantik untuk membantu menangani masalah pembelajaran anda
sama ada mengenai kursus, tugasan, mahupun perkara lain yang berkaitan dengan
pengajian.
Akhir kata, pastikan anda sentiasa berada di landasan yang tepat untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan. Saya mendoakan kejayaan anda semua sebagai pelajar
di Fakulti ini.