Page 8 - fbl
P. 8






FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK SEPINTAS LALU


Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya ditubuhkan pada 9 Mac 1972. Pada mulanya ia
dikenali sebagai Pusat Bahasa yang bertanggungjawab mengendalikan kursus-kursus bahasa
sesuai dengan kehendak Fakulti, Akademi dan Pusat lain di Universiti Malaya.

Pada 27 April 1996, Fakulti ini telah mula menawarkan kursus-kursus ijazah pertama bagi
Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik. Sekumpulan pelajar yang pertama
seramai 145 orang telah diterima pada sesi kemasukan 1998/99. Sebanyak sepuluh bahasa
ditawarkan sebagai bahasa pengkhususan iaitu Arab, Cina, Tamil, Inggeris, Itali, Jepun,
Jerman, Perancis, Sepanyol dan Jerman dengan Pendidikan.

Fakulti ini juga menawarkan program pascasiswazah untuk program peringkat Doktor Falsafah
(Ph.D), Sarjana Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dan Sarjana Linguistik. Program
Sarjana yang ditawarkan adalah secara kursus dan disertasi.

Kemudahan yang sedia ada di Fakulti Bahasa dan Linguistik adalah seperti berikut:


 Dewan Kuliah, Bilik Seminar dan Tutorial

 Perpustakaan

 Pusat Akses-Kendiri


 Bilik Cempaka Pascasiswazah

 Makmal Komputer

 Studio Video

 Kemudahan Internet


 Dewan Peperiksaan

 Dewan Persidangan

 Surau

 Kafeteria





















FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK | 8

   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13