Page 3 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI
P. 3




BUKU PANDUAN PROGRAM PASCASISWAZAH, SESI AKADEMIK 2016/2017





UCAPAN ALUAN DEKAN



Salam sejahtera dan izinkan saya bermula dengan mengalu

alukan anda ke Fakulti Bahasa dan Linguistik.

Fakulti Bahasa dan Linguistik adalah sebuah pusat akademik
utama dari segi penyelidikan dalam bidang bahasa dan

linguistik, serta menawarkan pengalaman yang unik kepada
calon pascasiswazah di mana anda akan mengalami pelbagai
pengalaman dalam aspek pembelajaran dan penyelidikan dalam linguistik.

Program pascasiswazah yang ditawarkan mensasarkan calon untuk menjadi
pakar dalam bidang bahasa dan linguistik. Kakitangan akademik Fakulti Bahasa

dan Linguistik bekerjasama dengan calon untuk mengembangkan keperluan
pembelajaran dan penyelidikan secara profesional dan kreatif. Fakulti Bahasa
dan Linguistik mempunyai kakitangan akademik yang berdedikasi, dan
menawarkan kemudahan penyelidikan serta kemudahan pembelajaran yang
akan memberikan satu pengalaman yang berharga kepada calon
pascasiswazah.


Adalah menjadi harapan kami agar kakitangan akademik dan calon
pascasiswazah memupuk komitmen dalam bidang bahasa dan linguistik. Visi
kami juga adalah untuk kekal sebagai pusat penyelidikan dalam bidang bahasa
dan linguistik khususnya di Malaysia dan seterusnya di Asia Tenggara.

Fakulti Bahasa dan Linguistik juga komited dalam menawarkan latihan dari segi

pembelajaran dan juga pengalaman penyelidikan. Kami berharap agar calon
pascasiswazah sentiasa berkembang secara profesional dan akademik agar
dapat memberi impak kepada komuniti linguis dan pengamal profesional.






PROFESOR DR STEFANIE PILLAI


DEKAN









3

   1   2   3   4   5   6   7   8