Page 5 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI
P. 5




BUKU PANDUAN PROGRAM PASCASISWAZAH, SESI AKADEMIK 2016/2017




PENGENALAN KEPADA FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK
























F
akulti Bahasa dan Linguistik (sebelum 14 Julai 1995 dikenali sebagai Pusat Bahasa) Universiti
Malaya, ditubuhkan pada 9hb. Mac 1972 sebagai sebuah organisasi perkhidmatan bahasa yang
bertanggungjawab mengendalikan kursus-kursus bahasa sesuai dengan kehendak Fakulti,
Akademi dan Pusat lain di Universiti Malaya.



Pada 27hb. April 1996 Fakulti Bahasa dan Linguistik telah mula menawarkan program ijazah pertama.
Program ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik, Fakulti Bahasa dan Linguistik menerima kumpulan
pelajar yang pertama seramai 145 orang pada Sesi Kemasukan 1998/1999. Sebanyak lapan bahasa
ditawarkan sebagai pengkhususan iaitu Bahasa Arab, Cina, Tamil, Inggeris, Jepun, Jerman, Perancis
dan Sepanyol. Pada sesi kemasukan 2000/2001, satu lagi pengkhususan bahasa telah ditawarkan iaitu
Bahasa Itali.



Fakulti Bahasa dan Linguistik turut menawarkan program pascasiswazah untuk program Ph.D, ijazah
Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris (secara kursus) dan ijazah Sarjana Sastera (Linguistik) (secara kursus
dan disertasi). Secara umumnya, setiap tahun terdapat peningkatan jumlah pemohon yang secara
tidak langsung menunjukkan perkembangan yang positif untuk bidang bahasa dan linguistik. Jumlah
graduan pascasiswazah Fakulti Bahasa dan Linguistik dari tahun 2001 sehingga 2015 adalah 137 orang
untuk ijazah Doktor Falsafah dan seramai 738 orang untuk program ijazah Sarjana.



Secara ringkas, terdapat empat jabatan utama iaitu Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa-Bahasa
Malaysia dan Linguistik Terapan, Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-Bahasa Timur Tengah dan Jabatan
Bahasa-Bahasa Asia dan Eropah. Operasi rutin Fakulti Bahasa dan Linguistik pula meliputi proses
pengajaran dan pembelajaran serta penyeliaan pelajar-pelajar di peringkat pascasiswazah dan aktiviti
penyelidikan yang dijalankan secara aktif dari masa ke semasa oleh staf akademik.












5

   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10