Page 103 - handbook 20142015
P. 103

Buku Panduan Fakulti Sains: Sesi 2014/2015


               MATLAMAT PROGRAM
               Di antara matlamat program pengajian ini ialah:
               1.  Menghasilkan  graduan  yang  mempunyai  pengetahuan  asas  yang  kukuh  dalam  bidang-bidang  geosains  untuk
                   diaplikasikan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan geosains.
               2.  Menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran dalam teknik-teknik goesains yang lazim digunakan dan     yang boleh
                   merekabentuk serta membangunkan penyelidikan dalam bidang geosains atau bidang-bidang yang berkaitan.
               3.  Menghasilkan  graduan  geosains  yang berkelayakan,  memiliki  pengetahuan  serta  kemahiran  untuk  menyertai      industri
                   berasaskan sumber bumi, graduan-graduan yang berkebolehan untuk membangun dan melaksana pelbagai projek yang
                   melibatkan bahan bumi.
               4.  Menghasilkan graduan dalam bidang Geosains yang mampu meneruskan pengajian ke peringkat:
                       Ijazah Tinggi dalam bidang geosains di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.
                       Sijil Profesional di dalam dan di luar negara.



               HASIL PEMBELAJARAN (PROGRAM GEOLOGI)
               Pada akhir program Sarjana Muda Sains (Geologi), graduan dapat:
               1.  Mengaplikasikan  konsep  dan  prinsip-prinsip  geologi  secara menyeluruh  dan  secara  aktifnya  sentiasa mempelopori  dan
                   mengadaptasikan pengetahuan terkini bagi mengatasi sebarang keperluan dan perubahan dalam suasana kerja secara
                   saintifik, profesional dan beretika.
               2.  Mengadaptasikan  pendekatan  secara  sistematik  dan  pembuktian  yang  mantap  dalam  mempraktikkan  amalan-amalan
                   geologi dan juga berkebolehan menganalisa dan menilai penggunaan sumber secara lebih teratur dan  efisyen.
               3.  Mempraktikkan amalan geologi secara bertanggungjawab dengan mengambil kira keperluan pembangunan    persekitaran
                   yang mampan dan juga kesedaran akan peri pentingnya tanggungjawab, sosio-kendiri dan hubungan antara budaya.
               4.  Beretika  dan  bersikap  profesional  dalam  mempraktikkan  amalan  geologi  dan  bertanggungjawab  memenuhi  keperluan
                   pelanggan, profesion dan masyarakat.
               5.  Menyampaikan  informasi  dengan  berkesan  dari  segi  pertuturan  dan  penulisan  dan  juga  berkebolehan  bekerja    dalam
                   kumpulan secara bertanggungjawab dan produktif serta kebolehan komunikasi yang baik.
               6.  Mengaplikasikan  dan  mengadaptasikan  kaedah-kaedah  saintifik  dan  penyelesaian  masalah  dalam  amalan      geologi
                   kepada  kumpulan  sasaran  dan  sentiasa  menghargai  keperluan  pembangunan  dan  kemajuan  kendiri  dalam  memenuhi
                   keperluan industri dan masyarakat.
               7.  Mengaplikasikan  teknologi  maklumat  dalam  amalan-amalan  geologi  dan  meningkatkan  pengetahuan  melalui
                   pembelajaran sepanjang hayat dan
               8.  Menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan berpandukan pengalaman dan
                   pengetahuan geologi yang dipelajari untuk meneroka peluang dalam dunia keusahawanan.









































                                                            2
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108