Page 107 - handbook 20142015
P. 107
Buku Panduan Fakulti Sains: Sesi 2014/2015
MATLAMAT PROGRAM
Di antara matlamat program pengajian ini ialah:
1. Menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang-bidang geosains untuk
diaplikasikan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan geosains.
2. Menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran dalam teknik-teknik goesains yang lazim digunakan dan yang boleh
merekabentuk serta membangunkan penyelidikan dalam bidang geosains atau bidang-bidang yang berkaitan.
3. Menghasilkan graduan geosains yang berkelayakan, memiliki pengetahuan serta kemahiran untuk menyertai industri
berasaskan sumber bumi, graduan-graduan yang berkebolehan untuk membangun dan melaksana pelbagai projek yang
melibatkan bahan bumi.
4. Untuk menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran pembelajaran sendiri dan penyelesaian masalah yang boleh
digunakan dalam kerjaya yang berpelbagaian.
HASIL PEMBELAJARAN (PROGRAM GEOLOGI GUNAAN)
Pada akhir program Sarjana Muda Sains (Geologi Gunaan), graduan dapat:
1. Mengaplikasikan konsep dan prinsip-prinsip geologi secara menyeluruh dan secara aktifnya sentiasa mempelopori dan
mengadaptasikan pengetahuan terkini bagi mengatasi sebarang keperluan dan perubahan dalam suasana kerja secara
saintifik, profesional dan beretika.
2. Mengadaptasikan pendekatan secara sistematik dan pembuktian yang mantap dalam mempraktikkan amalan-amalan
geologi gunaan dan juga berkebolehan menganalisa dan menilai penggunaan sumber secara lebih teratur dan efisyen.
3. Mempraktikkan amalan geologi gunaan secara bertanggungjawab dengan mengambil kira keperluan pembangunan
persekitaran yang mampan dan juga kesedaran akan peri pentingnya tanggungjawab, sosio-kendiri dan hubungan antara
budaya.
4. Beretika dan bersikap profesional dalam mempraktikkan amalan geologi dan bertanggungjawab memenuhi keperluan
pelanggan, profesion dan masyarakat.
5. Menyampaikan informasi dengan berkesan dari segi pertuturan dan penulisan dan juga berkebolehan bekerja dalam
kumpulan secara bertanggungjawab dan produktif serta kebolehan komunikasi yang baik.
6. Mengaplikasikan dan mengadaptasikan kaedah-kaedah saintifik dan penyelesaian masalah dalam amalan geologi
gunaan kepada kumpulan sasaran dan sentiasa menghargai keperluan pembangunan dan kemajuan kendiri dalam
memenuhi keperluan industri dan masyarakat.
7. Mengaplikasikan teknologi maklumat dalam amalan-amalan geologi gunaan dan meningkatkan pengetahuan melalui
pembelajaran sepanjang hayat.
8. Menggunakan pengalaman dan pengetahuan geologi untuk meneroka peluang dalam dunia keushawanan.
6